Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasih | Waalaikumussalam, Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti padi.
| Tatabahasa | 25.06.2015 |
Sekeping tisu sel otak yang bersaiz sebutir pasir mengandungi sebanyak 100,000 neuron dan 1 bilion sinapsis serta semua berkomunikasi antara satu sama lain. Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "synapses"? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan synapse ialah sinaps. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2018 |
Apakah penjodoh bilangan untuk mutiara? | Penjodoh bilangan untuk mutiara ialah "sebutir". | Tatabahasa | 08.04.2016 |
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang? Seekor kerang? Sebiji kerang? Sebuah kerang? Sebutir kerang? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti semangkuk kerang atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 05.07.2009 |
apakah penjodoh bilangan bagi beras. | Penjodoh bilangan untuk beras bergantung pada kuantiti. Contohnya seguni beras, segantang beras, sebutir beras, secupak beras, dsbnya. | Istilah | 04.09.2009 |
Saya ingin bertanya antara jawapan ini yang manakah betul? Chandra menyuruh adiknya mengambil seuntai rantai mutiara di dalam laci biliknya , Chandra menyuruh adiknya mengambil sebutir ratai mutiara di dalam laci biliknya | Ayat yang betul ialah "Chandra menyuruh adiknya mengambil seutas rantai mutiara di dalam laci di baliknya". | Tatabahasa | 23.01.2014 |
sebuti kerongsang. adakah "sebuti" itu betul diguna? terima kasih. | Lazimnya perkataan butir digunakan untuk penjodoh bilangan bagi barang-barang kecil yang bulat, seperti sebutir telur dan dua butir peluru. Berdasarkan contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut, butir tidak sesuai untuk kerongsang kerana bentuknya yang agak nipis dan mungkin bulat, tiga segi dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
assalamualaikum. saya NUR SYAMIMI BINTI RAYA. Saya ingin bertanya antara jawapan ini yang manakah betul? Chandra menyuruh adiknya mengambil seuntai rantai mutiara di dalam laci biliknya , Chandra menyuruh adiknya mengambil sebutir ratai mutiara di dalam laci biliknya | Jawapan yang betul adalah "seutas rantai mutiara". | Lain-lain | 27.01.2014 |
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang betul untuk bintang (jika banyak disebut gugus, namun bagaimana pula jika cuma satu bintang?) Saya sedang menulis cerita rakyat: Matahari dan Bulan merupakan pasangan suami isteri. Mereka dikurniai banyak cahaya mata, iaitu bintang-bintang ......... Namun apabila pulang, Bulan mendapati Matahari telah mengingkari perintahnya. Akibatnya, beberapa __________ anaknya telah mati dijilat api. Terima kasih. | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Sungguhpun begitu, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan. Akan tetapi, lazimnya untuk merujuk satu bintang digunakan penjodoh bilang sebutir, iaitu sebutir bintang. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
Soalan 1 : bergantung pada ...... ( adakah ia digunakan untuk orang @ benda @ kedua-duanya sekali ? ) Soalan 2 : bergantung ( pada , kepada ) keputusan pengadil ? Soalan 3 : sepucuk @ selaras pistol ? Soalan 4 : sepucuk @ selaras senapang ? Soalan 5 : sebiji @ sebutir telur ? Terima kasih............. | 1. Bergantung pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 275. 2. Bergantung pada keputusan pengadil. 3. Sepucuk pistol 4. Selaras senapang 5. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |