apakaha srti kata sebenar perumpamaan TIADA KATA SECANTIK BAHASA | Tiada Kata Kata Secantik Bahasa bukanlah perumpamaan tetapi satu ungkapan untuk mengambarkan keindahan/ keagungan bahasa sebagai media komunikasi lisan atau tulisan. | Lain-lain | 17.10.2006 |
Imbuhan se-an wujud atau tidak... saya cari dalam tatabahasa dewan tiada imbuhan se-an.. cuma ada se- sekian | Awalan "se- an" tidak ada dalam bahasa Melayu. Awalan "se" wujud dalam bahasa Melayu. Contohnya: secantik, sebaya dan setebal. | Tatabahasa | 14.01.2017 |
Di bawah kata terbitan awalan kata adjektif ade imbuhan se yang bermaksud sama rata Adakah selepas,setiap,sehingga,setelah adalah golongan tersebut | Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama seperti besar, tinggi dan sebagainya. Se- pula merupakan awal yang bermaksud sama, seluruh, sedari, lepas, hingga dan banyak lagi. Untuk makluman, awalan se- yang bermaksud sama/serupa boleh digunakan sekiranya se- diikuti dengan kata adjektif. Contoh: Sekecil hama, sebesar rumah, secantik bidadari dan sebagainya. Perkataan selepas, setiap, sehingga dan setelah bukanlah kata adjektif walaupun mempunyai awalan se-. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betul | Kata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
Assalamualaikum.Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan beberapa jenis kata keterangan seperti 'juga' dan 'lagi'.Harap dapat dijelaskan..Sekian terima kasih | Juga: 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. Lagi: 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; | Lain-lain | 26.03.2009 |
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih | Sendi Nama "daripada" Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut: 1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu. Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu. 2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak. Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku. 3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan. Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu. 4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua. Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir. 5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan. Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku. 6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal. Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah. Sendi Nama "dari". Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu. Contoh: 1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu. 2. "Lama dah kak, dari pagi tadi". 3. Aku melangkah keluar dari rumahnya. 4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket. Poket dianggap tempat bukan sumber. | Tatabahasa | 22.08.2009 |