1. Secawan kopi saya pesan sementara secawan teh dipesan oleh kakak. Adakah penggunaan 'sementara' di atas betul ? 2. Kita perlu menjalani tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sempurna. Adakah perkataan 'menjalani' di atas betul ? | 1. Penggunaan sementara dan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis, saya memesan secawan kopi sementara itu kakak memesan secawan teh. 2. Perkataan menjalani bermaksud mengalami tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang betul ialah menjalankan. | Tatabahasa | 25.09.2012 |
Tuan, adakah perkataan `sayang' boleh digunakan untuk kata ganti nama diri kedua? Contoh ayat: "Sayang, buatkan saya secawan kopi," kata Pak Alias kepada isterinya. | Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban. | Tatabahasa | 10.04.2017 |
Saya tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan "meN- kan". Kadang-kadang imbuhan ini mesti diikuti dengan 'orang' dan pada masa yang lain diikuti dengan kata kerja, kata nama. contoh 1: Emak membuatkan ayah secawan kopi. contoh 2: Hakim menjatuhkan hukuman penjara terhadap orang kaya yang menghina mahkamah itu | Empat golongan kata utama iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas boleh menerima apitan men-...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Dalam hal ini sdr perlu membezakan antara keempat-empat golongan kata tadi dan apakah golongan kata ini boleh bergabung dengan men-...kan. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sdr bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pada halaman 190-196. Terima kasih. | Lain-lain | 30.10.2008 |
1. a)Cikgu Azila mengajarkan cara-cara menulis karangan... b)Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan... - Yang manakah ayat yang betul 2. Benarkah perkataan 'makan' &'minum' perlu diletakkan awalan 'me' . Contoh; Ayah hanya meminum secawan kopi kerana sudah terlewat pergi ke pajabat. 3. Apakah perbezaan hingga dan sehingga | Encik Badrul, 1-Jawapan yang betul ialah Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan. 2-Perkataan makan dan minum tidak perlu diletakkan imbuhan awalan me 3-Hingga membawa makna garis yang terakhir manakala sehingga bermakna sampai (tentang masa) dan setakat | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Merujuk soalan 57 yang bertarikh (12/9/09), jawpaan yang tuan berikan ialah ' Emak memberikan sekeping angpau...'. Soalan saya: Bolehkah saya menggunakan penjodoh bilangan 'sebuah' untuk ayat tersebut? Bagi saya, angpau bukanlah berbentuk pipih dan nipis, sebaliknya berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang. Terima kasih. | Walaupun berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang tetapi ia tetap nipis kecualilah berbungkus seperti hadiah. Penjodoh bilangan tidaklah tetap untuk sesuatu benda itu sebaliknya bergantung kepada bentuk dan keadaan. Contoh: Setandan pisang. Sesikat pisang. Seulas pisang. Sekaki cendawan. Sekuntum cendawan. Secawan air. Seteguk air. Sebungkus angpau. Sekeping angpau. Sedozen angpau. Dll.
| Lain-lain | 18.10.2009 |