Assalamualaikum tuan di talian, Betulkah penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat contoh yang berikut. 1. Ibu membimbit bakul yang berisi secekak pucuk ubi dan sebiji jantung pisang pulang dari kebun. 2. Mak Intan memetik secekak pucuk paku dan dua batang bunga kantan di belakang rumah. Sekian, terima kasih. | Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya dan perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
bagaimana membezakan penjodoh bilangan cekak dan gemal? Contoh ayat: Lily membeli (secekak/segemal) lidi di pasar pagi. | Berdasarkan makna kata, gemal juga merujuk ukuran berasaskan cekak. Oleh itu, penggunaannya boleh bersilih ganti. | Tatabahasa | 07.03.2019 |
Apakah maksud dan asal-usul perkataan Toncit? Contoh ayat, "Jin pakai toncit". Terima kasih. | Kata "tonchet" telah terakam dalam Kamus Malay-English Dictionary (R.J Wilkinson, 1959) dengan maksud tuft or lock of hair; small queue; Hn. cf. kunchit, kunchir, kundai, chotet, konchet. Secara umumnya, makna "toncit" dalam ayat "Jin pakai toncit" bermaksud mempunyai secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol atau botak, sama ada diikat tinggi atau berbentuk sanggul dan sebagainya. Dalam Kamus Dewan Perdana, terdapat kata "kuncit" yang bermaksud secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol; kucir. Kata "kucir" pula bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kuntung. Kata "kuntung" juga bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kucir. Terdapat juga kata "tongset", kata berlabel kata klasik yang berasal daripada bahasa Cina (Kamus Dewan), dan bermaksud sanggul atau kundai. Kajian yang lebih lanjut adalah amat dialu-alukan. Bagi tujuan keselarasan ejaan, kata "toncet" atau "tuncit" adalah disarankan. | Lain-lain | 06.01.2022 |
Yang mana jawapan paling sesuai? Emak membeli empat______petai dan se______ bayam di pasar. a) ikat....ikat b) papan....ikat C) ikat.....cekak d) papan.......cekak | Jawapan yang sesuai untuk soalan tersebut ialah: b) papan...ikat d) papan...cekak Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya, manakala seikat ialah penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 12.03.2013 |