Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ce.pat] | سچڤت

Definisi : ; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata secepat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila jawab secepat mungkin . Terima Kasih.Berdasarkan makna kata dalam kamus catatan harian bermaksud tulisan/rakaman tentang sesuatu peristiwa pada setiap hari. Walau bagaimanpun jika pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada guru sekolah atau penyedia soalan yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain26.09.2011
Ungkapan yang mana betul? Sila berikan penjelasan. 1. "....dengan secepat yang dapat dilaksanakan.." 2. "... secepat yang dapat dilaksanakan.."Ungkapan yang kedua yang saudara nyatakan lebih betul. Namun begitu cadangan daripada pihak kami adalah seperti yang berikut: .... dapat dilaksanakan dengan cepat....Lain-lain04.05.2009
Tukar ayat aktif ke ayat pasif 1. kami berjanji akan menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar secepat yang mungkin. Jawapn Diberi: Tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar kepada kami berjanji akan disiapkan secepat mungkin. soalan saya adakah jawapan itu betul, "kami "merupakan kGD pertama, bolehkah "disiapkan " digunakan ? Terima kasih.

Jawapan yang diberikan tidak tepat.

Ya, 'kami' merupakan KGD pertama.

Cadangan jawapan:

Tugasan yang diberikan oleh cikgu Mokhtar akan kami siapkan secepat mungkin. 

Lain-lain31.08.2009
Ayat: Sila hantarkan barang itu kepada kami secepat yang mungkin. Adakah ungkapan “sila hantarkan” lewah atau tidak gramatis?Ayat yang lebih tepat ialah tolong hantar barang itu kepada kami secepat mungkin.Tatabahasa29.12.2009
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya, bagi perkataan "as soon as conveniently may be" padanan yang hendak dibuat "secepat yang semudah yang boleh". Walau bagaimanapun, adakah perkataan "yang" selepas perkataan "semudah" adalah betul daripada segi tatabahasa. Memandangkan perkataan "yang" telah digunakan sebelum itu. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah secepat dan semudah yang boleh.

Penyemakan dan penterjemahan11.01.2023
SAYA HARAP DAPAT BALAS SECEPAT MUKIM, DAPAT LULUS MOHOM LESEN IKLAN. SEKIAN TERIMA KASIH.Sila kemukakan nombor permohonan tuan dan hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9109 untuk pemprosesan segera iklan tuan.Lain-lain02.06.2015
agar lesen banner kami dapat dipasang secepat mungkin.Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas.Lain-lain10.09.2014
sila menyemak bahasa jawi dalam draft signboard kami, secepat mungkinBetulkan ejaan Jawi bagi perkataan RAMBUT iaitu رامبوت dan ejaan BOS kepada بوس (perkataan bahasa Inggeris dieja dalam Jawi berdasarkan bunyi)Ejaan11.06.2020
Saya harap boleh tolong terjemah dan daftarkan perkataan ini secepat mungkin: "Bariatric". Dalam bahasa Inggeris ia membawa maksud: "Bariatrics is the branch of medicine that deals with the causes, prevention, and treatment of obesity". Ia masih belum ada dalam carian kata kamus PRPM lagi. Terima kasih.Terjemahan bagi istilah Bariatric masih belum ada dalam data kami kendatipun begitu terjemahan yang sesuai bagi istilah tersebut ialah bariatrik. Untuk cadangan istilah baharu, tuan/puan boleh kemukan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspxMakna12.11.2020
Salam sejahtera, adakah terjemahan di bawah betul? Harap boleh membalas secepat mungkin. 1. Leave of absence = cuti berpanjangan 2. If the plan is NON-CONTRIBUTORY = tidak menyumbang atau tidak bersumbang? 3. Take-over certificate = Sijil Diambil Alih 4. Disorderly conduct = Kelakuan tidak terkawal 5. The money is used to help all Covered Employee in times of MISFORTUNE = kesusahan 6. SICKNESS & illness = Kesakitan & penyakit Sekian, terima kasihSoalan berkenaan terjemahkan ini, tuan/puan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemahan Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan:
1. cuti
2. tanpa caruman
3. Pengambilalihan sijil
4. perbuatan tidak senonoh
5. kemalangan, kecelakaan
6. sakit dan penyakit
Penyemakan dan penterjemahan03.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas