secondary | sekunder | Lain-lain | 15.05.2008 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "secondary accident"? Contoh ayat: Preventive measures for secondary accident. Terima kasih. | Padanan untuk secondary accident ialah ‘kemalangan sekunder’. | Istilah | 13.09.2014 |
Lapangan Terbang Kota Bharu merupakan "secondary hub" syarikat penerbangan Firefly. "Secondary hub" boleh diterjemahkan sebagai "hab sekunder"? Atau DBP mempunyai cadangan istilah lain? | Istilah hab sekunder adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 18.08.2015 |
Saya ingin ayat di bawah dalam bahasa melayu 1) computational thinking 2) secondary school champion teachers Lecturer saya ingin jawapan bertulis dari DBP sebagai bukti ayat english ini di tukar kepada bahasa Melayu.. | Padanan yang tepat bagi istilah computational thinking ialah "pemikiran komputasional". Kami mencadangkan secondary school champion teachers diterjemahkan sebagai "guru cemerlang sekolah menengah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2022 |
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk : 1. secand hand smoke 2. roller coaster Terima kasih | 1. Second-hand smoke juga dikenali sebagai secondary smoke. Dalam bidang Aeroangkasa, istilah bahasa Melayu untuk secondary smoke ialah asap sekunder. 2. Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 19.04.2018 |
Pesakit telah didiagnosis menghidap penyakit Left Below Knee Amputation Secondary to Infected DFU oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kepala Batas. SOALAN: 1. Adakah penggunaan perkataan DIDIAGNOSIS dalam ayat tersebut bersesuaian? 2. Sila betulkan mana-mana perkataan yang salah dalam ayat tersebut. TERIMA KASIH. | 1. 1. Penggunaan perkataan didiagnosis bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam ayat yang diberikan. 2. 2. Ayat tersebut telah ditambah baik seperti yang berikut: “Pesakit telah didiagnosis menghidap penyakit Left Below Knee Amputation Secondary to Infected DFU oleh pakar perubatan dari Hospital Kepala Batas.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: (i) Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 524 dan 1586. (ii) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2008), halaman 322. | Tatabahasa | 27.11.2024 |
Unexpected events can arise secondary to use not according to the guidelines. Apakah cadangan terjemahan untuk ayat di atas? Terima kasih | Mohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemaknya. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.03.2017 |
Mohon semakan terjemahan ayat berikut: Unexpected events can arise secondary to use not according to the guidelines. Peristiwa tidak dijangka boleh berlaku sekunder terhadap penggunaan yang tidak mengikut garis panduan. Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan ialah “Peristiwa yang tidak dijangka boleh berlaku pada peringkat sekunder akibat penggunaan (dana, dsb.) yang tidak mengikut garis panduan”. Namun begitu, terjemahan yang sesuai juga bergantung pada ayat yang sebelum dan selepas ayat tersebut. Dalam bahasa Melayu perlu ada subjek/perkara selepas perkataan penggunaan sekiranya terjemahan tersebut sesuai. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.03.2017 |
Assalamualaykum Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan istilah berikut di dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence Compassion Fatigue Compassion Satisfaction Secondary Traumatic Stress Burnout Healthcare Provider Maklum balas dan keprihatinan pihak Tuan/Puan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Wassalam. Arif | Mohon cadangan terjemahan daripada pihak tuan dan kami akan menyemak penggunaan Bahasa Melayu dalam teks tersebut. Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, kecuali perkataan dan istilah yang boleh merujuk kamus atau buku istilah. | Lain-lain | 21.11.2017 |
Salam. Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai dan tepat bagi singkatan GCE (General Certificate of Education), GCSE (General Certificate of Secondary Education), dan GDP (Gross Domestic Product). Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih. | Walaikumussalam. Menurut data kami, GCE diterjemahkan sebagai Sijil Am Pelajaran (SAP); GDP diterjemahkan sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). GCSE tidak digunakan di Malaysia. Sijil peringkat sekolah menengah di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Namun begitu, kami mencadangkan padanan GCSE dalam bahasa Melayu ialah Sijil Am Pendidikan Menengah. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.09.2017 |