Selamat sejahtera. Saya nak tanya, adakah ada perkataan lain yang digunakan untuk perkataan 'leading' yang digunakan dalam tipografi? | Leading dalam banyak bidang diterjemahkan kepada utama, seperti leading indicator - petunjuk utama (ekonomi), leading sector - sector utama (geografi) dan leading question - soalan pimpinan (pendidikan). Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/SoalJawab/nb_jawab_soalan_pelanggan.aspx?ID=46144. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2017 |
Apakah perkataan bahasa Melayu bagi Embodied Intelligence Robotic Sector. Adakah Kecerdasan Terwujud atau Kecerdasan berbentuk fizikal? | Cadangan terjemahan Embodied Intelligence Robotic Sector dalam bahasa Melayu ialah Kecerdasan Terkandung. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.06.2025 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan penyataan tersebut dalam bahasa Melayu. "Energy Sector, Oil & Gas- Subsea Division" | Terjemahan yang dicadangkan ialah Sektor Tenaga, Minyak dan Gas - Bahagian Bawah Laut | Istilah | 28.08.2012 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Chairmanship'? Adakah 'kepengerusian' boleh digunakan? Contoh ayat "Malaysia assumes the chairmanship of ASEAN Labour Sector" diterjemah menjadi "Malaysia mengambil alih kepengerusian sektor perburuhan ASEAN". Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "chairmanship" ialah jawatan pengerusi. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan ialah "Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi sektor perburuhan ASEAN." | Istilah | 09.01.2017 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "Islamic Negotiable Instruments" (rujukan:https://www.bnm.gov.my/-/measures-to-strengthen-the-islamic-banking-sector) - adakah "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik"? Adakah akaun perbankan dengan bank-bank Islam digelar "akaun simpanan Islam" atau "akaun simpanan Islamik"? Teima kasih. | Kami mencadangkan "Islamic Negotiable Instruments" diterjemahkan sebagai "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik". Kedua-dua padanan, iaitu "Islam" atau "Islamik" boleh digunakan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 27.09.2021 |
Saya ingin tahu terjemah yang sesuai utk perkataan educator motivator. Contoh ayat: she work as educator motivation, and lead multiple joint venture programs involving government sector. Terima kasih. | Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk “educator motivator” ialah “pakar motivasi pendidik” | Istilah | 03.02.2021 |
Apakah istilah bahasa melayu untuk Collaborative Governance. Maksud collaborative governance adalah seperti berikut: Collaborative Governance involves the government, community and private sectors communicating with each other and working together to achieve more than any one sector could achieve on its own. | Cadangan istilah bahasa Melayu untuk Collaborative Governance ialah Tadbir Urus Kerjasama. | Istilah | 26.04.2017 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk "trade union density" dan "union busting"? Contoh ayat seperti berikut: 1. The decline in trade union density among these workers shows that a large proportion of them are in the private sector. 2. Union busting is a range of activities undertaken to disrupt or prevent the formation of trade unions. | Perkataan trade union density boleh diterjemahkan kepada kadar keahlian kesatuan pekerja atau kekuatan kesatuan pekerja dan union busting boleh diterjemahkan kepada mengurangkan kuasa atau memusnahkan kuasa kesatuan pekerja. Walau bagaimanpun cadangan ini perlu disesuaikan dengan konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
Hidup Ini Indah Oct 20th, 4:58pm Asalamualaikum DBP. saya memohon DBP buat tindakan kepada media tv agar hanya menyiarkan temubual, ucapan menteri dan sesiapa sahaja dalam Bahasa Melayu sahaja. Berita buletin utama Bahasa Melayu tetapi wawancara menteri berbahasa Inggeris. Kenapa menteri Melayu sendiri tidak mahu berbahasa Melayu??? | Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang diurussetiakan oleh DBP berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan pengurusan tertinggi dan atasan sector awam. Perkara ini diambil perhatian oleh Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Media dan Komunikasi agar diberi perhatian oleh pihak media sendiri, di samping jati diri dan kecintaan kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pemimpin dan pengurusan tertinggi sektor awam amatlah diharapkan dalam menangani isu ini. | Lain-lain | 21.10.2015 |