Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud ''dari bawah'' ? Saya sedang menyiapkan 1 tugasan berkenaan Sejarah dari bawahSoalan anda terlalu umum, sila perincikan dengan memberikan konteks penggunaan frasa ‘dari bawah’ atau ayat lengkap yang menggunakan frasa ini.Lain-lain30.11.2014
Hi DBP, Di Zurich, kami baru sahaja memperkenalkan terma baharu untuk ejen dan konsultan kami iaitu 'Wealth Planner'. Terdapat beberapa pilihan dalam BM yang kami kini sedang pertimbangkan: 1) Perancang Kekayaan 2) Perancang Harta 3) Perancang Harta Kekayaan Bolehkah DBP nasihati kami berkenaan ini. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi wealth ialah kekayaan seperti yang digunakan dalam istilah cukai kekayaan, komposisi kekayaan dan pengagihan kekayaan. Oleh yang demikian, perancang kekayaan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2018
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

1Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

 

2) makna ronda-ronda

Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 

3) i-Bersiar-siar

    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008
Mohon semak penggunaan perkataan yang sesuai semasa Istiadat Konvokesyen 1) ....sedang berlangsung Sidang Pertama 2) .....sedang berlangsung Bahagian PertamaPerkataan yang sesuai ialah 1) ....sedang berlangsung Sidang PertamaIstilah27.04.2015
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan.Tatabahasa07.05.2010
1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul?1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Kedua-dua ayat tersebut betul dan ayat pertama merupakan ayat majmuk.Tatabahasa11.06.2009
Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih.

Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail".

Tatabahasa12.09.2011
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
Adakaha ayat ini betul: 1. Ibu sedang mengambil baju kerana hujan akan turun. Sekiranya saya ingin menyatakan situasi dimana seseorang sedang mengambil baju di ampaian, apakah kata kerja selain daripada "mengambil" yang boleh saya gunakan? Bolehkah saya gunakan ayat seperti berikut: 1. Ibu sedang mengutip baju kerana hujan akan turun. 2. Ibu sedang memungut baju kerana hujan akan turun. terima kasih.Kata kerja yang sesuai dan gramatis ialah mengangkat. Ibu sedang mengangkat baju kerana hujan akan turun. Mengangkat bermaksud membawa pergi atay membawa dari satu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat)Lain-lain22.03.2018
Papan tanda sekolah terpapar 1.Peperiksaan sedang dijalankan 2.Peperiksaan sedang berjalan. Frasa mana yang betul?mohon pencerahan .TQ.Tuan MunsyiPerkataan dijalankan bermaksud dilaksanakan, dan perkataan ini merupakan bentuk pasif bagi menjalankan. Menjalankan/dijalankan ialah kata kerja transitif yang mesti diikuti objek. Berjalan bermaksud berlangsung dan merupakan kata kerja tak transitif. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah "Peperiksaan sedang berjalan" atau "Peperiksaan sedang berlangsung".Tatabahasa18.10.2018
12345678910...

Kembali ke atas