Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sedang rebung baik dipatah,
     jadi buluh melepuh jari.

Bermaksud :

Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua.1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam.
2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu.
3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng.
4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu.
5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu.
6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua.
Tatabahasa10.08.2013
Yang manakah ialah ayat songsang bagi ayat di bawah? Ali sedang membaca buku di dalam bilik. A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali B) Di dalam bilik sedang membaca buku Ali C) Di dalam bilik Ali sedang membaca buku. Sila sertakan penerangan. Terima kasih.A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali - seluruh predikat di bawa ke hadapan (sedang membaca buku di dalam bilik) mendahului subjek (Ali). Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 479.Tatabahasa31.10.2011
Mana satukah ayat yang boleh diterima? 1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? 2. Apakah yang Siti sedang lakukan? 3. Apakah yang Siti sedang melakukan?Berdasarkan cadangan padanan soalan yang diberikan, jawapan yang betul ialah Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? dan Apakah yang Siti sedang lakukan?.Lain-lain20.04.2021
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat.1. Ayat pertama betul.
2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 
3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital.
4. Seorang doktor sedang menyuluh  ke dalam mata pesakit.
5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat.
Tatabahasa13.08.2013
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.
(i)  Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi.
(ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah.
Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A).
Tatabahasa28.10.2014
Kamu sedang cakap apa dengan Abu? Saya sedang bercakap tentang Rahim dengan Abu. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?Ayat yang gramatis ialah "Apakah perkara yang sedang kamu bualkan dengan Abu?" dan "Saya dan Abu sedang berbual tentang Rahim". Untuk rujukan perkara yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2015), halaman 431-575.Tatabahasa17.04.2024
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur.Berikut ayat yang betul:

1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan.

(2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar.

(3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman.

(4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman.

(5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman.
 
(6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun.

(7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun.

(8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya.

(9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.

Tatabahasa14.07.2014
Tumpang tanya ayat yang manakah boleh diterima 1) Bapa dan Ali sedang menanam pokok. 2) Ali dan bapa sedang menanam pokok. 3) Saya dan ayah sedang menanam pokok. 4)Ayah dan saya sedang menanam pokok. Terima kasih atas menjawabSemua pilihan jawapan tersebut betul.Lain-lain10.05.2022
susunkan ayat di bawah membaiki Mekanik itu kereta sedang. ayat manakah yang lebih tepat? terima kasih. 1. Mekanik sedang membaiki kereta itu. 2. Mekanik itu sedang membaiki kereta.Ayat yang betul ialah Mekanik itu sedang membaiki kereta.Penyemakan dan penterjemahan30.03.2014
12345678910...

Kembali ke atas