Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Padang lampung berbambu perindu,
     Kuini cempedak tumbuh melata;
Sedangkan sekampung hatiku rindu,
     Inikan pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Bermaksud :

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wafiy tekun belajar---- kawan kawannya hanya berbual-bual. A sementara B sedangkan C tatkala D semasaDalam konteks ayat tersebut, sementara dan sedangkan boleh digunakan. Contoh ayat lengkap, Wafiy tekun belajar sementara/sedangkan kawan-kawannya hanya berbual-bual.Tatabahasa10.08.2015
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ?Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74).Tatabahasa09.04.2010
Saya ditugaskan untuk menjerang air, sedangkan Rosli dan Hasyim mendirikan khemah. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKPenggunaan kata hubung "sedangkan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata hubung, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252.Tatabahasa21.07.2012
Mengapakah terdapat perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa yang dianggap tidak boleh digunakan ataupun menyalahi hukum Tatabahasa sedangkan perkataan tersebut dicetak dalam Kamus Dewan? Contoh: memperbaiki (memper + KA............ maka tidak boleh mempunyai apa-apa imbuhan di belakang pun)..sedangkan dalam Kamus Dewan wujudnya perkataan tersebut. Banyak lagi...contoh "memperluaskan"....??? Diharap boleh mendapat penjelasanKami akui terdapat beberapa ayat contoh bagi beberapa entri dalam Kamus Dewan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana ayat contoh tersebut diambil daripada sistem data korpus dan data tersebut adalah dalam bentuk asli, iaitu sama seperti teks asal.Lain-lain31.10.2011
Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinyaJawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.)Tatabahasa07.06.2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin bertanya adakah laman PRPM ini mengalami masalah talian? Apabila saya menaip perkataan untuk mencari maksud, akan tertulis 'carian kata tiada di dalam kamus terkini'. Sedangkan perkataan yang saya cari itu semudah-mudah perkataan seperti besar, meriah dan sebagainya. Sedangkan pautan lain seperti istilah malaysia, khidmat nasihat dan lain-lain boleh pula dibuka dan dirujuk. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Laman web www.prpm.dbp.gov.my kini boleh diakses seperti biasa. Kami mohon maaf atas kesulitan yang puan hadapi.Lain-lain13.10.2017
kenapa dipersetujui betul? sedangkan diper..i hanya ada 4 perkataan saja boleh digunakan iaitu ingat,kawan,suami dan isteri?Dipersetujui ialah bentuk pasif mempersetujui. Perkataan tersebut betul dan digunakan dalam ayat pasif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus  Dewan dan lihat entri kata setuju.Tatabahasa20.10.2012
Mengapakah perkataan 'memperakui' dianggaplewah sedangkan perkataan 'memperakukan' tidak?Kedua-duanya betul dan dapat digunakan mengikut konteks makna ayat. Kedua-duanya berlainan makna. Memperakui bermaksud mengesahkan seperti mengesahkan sijil seperti yang asal, mengesahkan sesuatu tindakan yang dibuat betul menurut peraturan yang ditetapkan.
Memperakukan bermakna menyokong atau menyetujui seperti ketua jabatan menyokong kenaikan pangkat stafnya dan mengemukakan sesuatu itu sebagai baik seperti memperakukan penggunaan Tatabahasa Dewan kepada pelajar di sekolah antarabangsa. Jadi soal lewah tidak timbul jika penggunaan kedua-dua kata itu tepat menurut kehendak maksud ayat. Wallahualam.
Tatabahasa20.03.2016
tiada bagi perkataan pemerataan sedangkan pemerkasaan adaPemerkasaan terbentuk daripada gabungan kata dasar "perkasa" + "apitan pe-...-an". Berdasarkan rumus tersebut, boleh dibentuk perkataan pemerataan, iaitu gabungan "merata" + "apitan pe-...-an". Walau bagaimanapun tidak ada bentuk penggunaan perkataan ini kerana makna pemerataan itu telah terungkap dalam kata terbitan yang sdia ada, iaitu perataan.Tatabahasa10.11.2015
Kenapa ejaan dikemaskinikan perlu dirapatkan sedangkan kemas kini adalah kata majmukkemas kini ialah kata majmuk yang dieja dua perkataan. Apabila kata majmuk ini menerima apitan pada awal dan akhir kata (di-...-kan) maka terbentuklah dikemaskinikan, jika hanya menerima awalan sahaja seperti dikemas kini ejaannya masih dua perkataan.Tatabahasa26.12.2012
12345678910...

Kembali ke atas