apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula. Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar. Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat. | Makna | 10.01.2008 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Ancient Cedar Avenue"? 1) Pokok Sedar Sangat Tua 2) Pokok Sedar Kuno 3) Pokok Sedar Purba 4) Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda). Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Jawapannya ialah Pokok Sedar Sangat Tua, rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bawah carian entri “ancient”. | Istilah | 12.03.2014 |
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat? | Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat: kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa. | Sastera | 06.04.2013 |
Mak Ngah telah sedar dari/daripada komanya | Mak Ngah telah sedar daripada komanya. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
yang mana betul perkataan ketara sedar atau ketarasedar | ketara sedar | Ejaan | 11.10.2018 |
Assalamualaikum. Di sini ada soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. Dia baru sedar '"dari" lena. ATAU Dia baru sedar "daripada" lena. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP. | Ayat yang betul ialah 'Dia baru sedar daripada lena' - kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan arah, tempat dan masa. | Tatabahasa | 11.04.2011 |
Salam sejahtera, adakah kata "sedar" dikira sebagai kata adjektif atau kata kerja? Sekian, terima kasih. | Perkataan sedar merupakan kata kerja. | Tatabahasa | 07.07.2020 |
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan; | Tatabahasa | 12.10.2013 |
Tuan, Ayat di bawah manakah adalah gramatis? 1. Ramai orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Atau 2. Banyak orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Terima kasih. | Kedua-dua ayat betul. | Tatabahasa | 27.08.2019 |
sebahagian besar daripada pengguna dari negara ini mulai sedar dengan hak mereka dan menyarakannya melalui Persatuan Pengguna. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT INI? TK MUNSYI | Sebahagian besar daripada pengguna di negara ini mulai sedar tentang hak mereka dan menyuarakannya melalui Persatuan Pengguna. | Tatabahasa | 22.05.2012 |