Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. Assalamualaikum | Awalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161. | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Ejaan yang betul "bekerja" atau "bekerja". Kenapa sedemikian? | Ejaan yang betul ialah bekerja. Ejaan ini merupakan bentuk terkecuali dan mantap daripada ejaan perkataan lain yang menerima imbuhan beR seperti perkataan berserta. | Ejaan | 25.09.2007 |
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasih | Dalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir. Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
maksud peribahsa GELITA KERANA CINTA BENDERANG KERANA KASIH | Tidak terdapat peribahasa sedemikian dalam rujukan kami. Mohon dinyatakan sumber terdapatnya peribahasa ini. | Lain-lain | 29.04.2008 |
Ejaan Sebenara bagi Daerah Bentong | Berdasarkan rujukan kami, Majlis Perbandaran Bentong dieja sedemikian, maka ejaan daerah Bentong adalah mengikut ejaan yang telah diwartakan. | Ejaan | 15.11.2011 |
Qailulah adalah perkataan arab untuk tidur pada tengah hari atau nap. Bagaimana ejaan betul untuk perkataan ini. Terima kasih. | Perkataan qailullah belum ada dalam pangkalan data kami. Jika ejaan qiamullail diterima dalam bahasa Melayu dengan ejaan yang sedemikian, maka perkataan qailullah juga boleh diterima masuk dengan bentuk ejaan yang sedemikian. | Ejaan | 14.05.2013 |
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasih | Ayat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
DI mana boleh saya menggunakan terjemahan Bahasa Malayasia - Inggeris dan sebaliknya | Kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian sama ada secara percuma atau tidak. Jika saudara memerlukan perkhidmatan tersebut, saudara bolehlah menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (21424381) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (41497210)tetapi saudara perlu membayar kos penterjemahan tersebut. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Salam sejahtera. Jika "Hari Kanak-kanak" ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataannya, saya mengandaikan "Hari Ibu" juga sedemikian. Namun, berdasarkan kamus dewan, ditulis dengan huruf kecil iaitu "hari ibu". Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Hari Kanak-kanak dan Hari Ibu kerana kedua-duanya nama khas bagi hari yang tertentu. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 26.07.2012 |
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasih | Bagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat. | Lain-lain | 28.10.2009 |