Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.de.rap] | سدرڤ

Definisi : serentak: ketiga-tiga beranak itu ~ bangun menjengah tingkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.de.rap] | سدرڤ

Definisi : sama-sama melakukan sesuatu; serentak; sekali gus: ~ mereka bangun apabila mendengar letupan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sederap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. 
Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu penge­tahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai se­suatu sistem. 

Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM.

Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat.
Tatabahasa22.01.2013

Kembali ke atas