Penggunaan istilah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Industri Kecil dan Sederhana.Istilah betul bagi terjemahan kepada 'SME' | Istilah yang digunakan selama ini ialah industri kecil dan sederhana.Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami dimakluman bahawa sekarang ada dua istilah yang berbeza, iaitu small medium industry (SMI) dan small medium enterprise (SME). Oleh itu, kami mencadangkan industri kecil dan sederhana digunakan untuk small medium industry (SMI) dan perusahaan kecil dan sederhana digunakan untuk small medium enterprise (SME). | Istilah | 06.04.2011 |
1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average). | Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)". | Ejaan | 04.10.2011 |
mohon pembetulan penggunaan kata 'daripada' dalam ayat berikut didapati bahawa respon responden bandar adalah pada skala kurang daripada sederhana. atau kurang dari sederhana terima kasih segala | Frasa yang betul ialah ...didapati bahawa respons responden bandar adalah pada skala kurang daripada sederhana. | Tatabahasa | 12.02.2015 |
Adakah penggunaan perkataan 'sederhana' dan 'standard' dalam ayat-ayat berikut tepat dan betul? (a) Saiz badan bapa saya sederhana. (b) Saiz badan bapa saya standard. | Kebiasaannya bagi mengukur saiz badan kita akan mengunakan perkataan seperti kurus, gemuk dan gempal. Maksud sederhana yang digunakan ialah tidak lebih dan tidak kurang. Manakala standard pula bermaksud sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan. Ayat yang betul dan tepat ialah Saiz badan bapa saya sederhana yang lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 12.12.2015 |
Tolong betulkan ayat ini. Parang Belitung sederhana panjang. | Ayat yang betul ialah "Parang Belitung sederhana panjangnya". | Tatabahasa | 21.09.2014 |
Terjemahan yang dicadangkan ialah oleh DBP untuk "Retail and Enterprise Distribution" ialah "Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana". Saya ingin mendapatkan kepastian atas penterjemahan kata 'retail'. "Retail' yang dimaksudkan, merujuk kepada "consumer retail". Saya telah menjumpai beberapa laman sesawang yang menggunakan "perbankan pengguna" untuk "retail banking". Antara contoh, Wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/CIMB) dan Allianz Bank (http://www.affinbank.com.my/Consumer-Banking.aspx?lang=ms-MY)? Adakah tepat jika "Retail and Enterprise Distribution' diterjemahkan ke "Pusat Pengedaran Produk Kewangan Pengguna dan Perniagaan"? Pusat ini tidak setakat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ia juga mengedar produk konsumer Kepastian dan maklumbalas amat dihargai. | Terjemahan yang diberikan ialah cadangan sahaja. Sekiranya tidak tepat, puan boleh mengubahnya mengikut konsep dan konteks penggunaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2017 |
1) Murid di sekolah itu rajin-rajin belaka. 2) Kehidupan Encik Chong amat sederhana. 3) Para pekerja di Mesra Rasa Restoran rajin belaka. 4) Barang keperluan harian yang dijual di kedai itu agak mahal sekali. Pilih ayat-ayat yang betul. | Ayat yang betul ialah ayat pertama, kedua dan keempat. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu ? Adakah batang atau ruas?, atau kedua-dua boleh digunakan. Berdasarkan soalan latihan buku aktiviti murid Tahun 3, gambar menunjukkan gambar tebu yang dipotong sederhana pendek. Terima kasih... | Batang dan ruas adalah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu tetapi penggunaannya perlu merujuk konteks ayat. Batang bermaksud bahagian pokok yang tumbuh daripada akar manakala ruas bermaksud bahagian di antara buku dengan buku seperti yang terdapat pada buluh, jari, tebu dan sebagainya. Berdasarkan soalan encik yang merujuk gambar tebu yang dipotong sederhana pendek maka penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah ruas tebu. | Tatabahasa | 18.01.2018 |
1. Bilakah 'dari' dan 'daripada' digunakan? Sila beri contoh. 2. Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan 'tetapi', terutamanya jika ayat itu panjang? Contoh: Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana, tetapi aku hidup dalam aman dan selamat." Sekian. Terima kasih. | 1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas 2. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum tetapi, contohnya Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi aku hidup dalam aman dan selamat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata panggilan "encik" dengan "tuan" ? | Umumnya, encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb). Manakala, tuan ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati. | Istilah | 09.01.2013 |