1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average). | Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)". | Ejaan | 04.10.2011 |
mohon pembetulan penggunaan kata 'daripada' dalam ayat berikut didapati bahawa respon responden bandar adalah pada skala kurang daripada sederhana. atau kurang dari sederhana terima kasih segala | Frasa yang betul ialah ...didapati bahawa respons responden bandar adalah pada skala kurang daripada sederhana. 1"> 1"> | Tatabahasa | 12.02.2015 |
1. Bilakah 'dari' dan 'daripada' digunakan? Sila beri contoh. 2. Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan 'tetapi', terutamanya jika ayat itu panjang? Contoh: Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana, tetapi aku hidup dalam aman dan selamat." Sekian. Terima kasih. | 1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas 2. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum tetapi, contohnya Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi aku hidup dalam aman dan selamat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
1) Murid di sekolah itu rajin-rajin belaka. 2) Kehidupan Encik Chong amat sederhana. 3) Para pekerja di Mesra Rasa Restoran rajin belaka. 4) Barang keperluan harian yang dijual di kedai itu agak mahal sekali. Pilih ayat-ayat yang betul. | Ayat yang betul ialah ayat pertama, kedua dan keempat. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
salam. sya ingin bertanyakan mengenai bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi. 1.sumbangan bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi adakah masih di tahap yang sederhana atau sebaliknya? 2. sumbangan tersebut dapat dilihat dari sudut apa dan contoh-contoh yang sesuai bagi menyokong sumbangan tersebut? 3. apakan kekengan dalam memperjuangkan bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi? 4. apakah langkah untuk memertabatkan bahasa melayu dalam bidang S&T? 5. saya ingin mendapatkan karya NIK SAFIAH KARIM yang berjudul BAHASA MELYU DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI yang diterbitkan pada tahun 1995 dalam pelita bahasa. bolehkah pihak DBP emailkannya kepada saya? | Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menangani pertanyaan yang berbentuk tugasan kerana pertanyaan ini memerlukan kajian, bacaan dan rujukan yang banyak. Oleh itu, kami cadangkan tuan kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan dan tuan juga boleh melihat artikel yang pernah diterbitkan dalam majalah terbitan DBP termasuklah artikel Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang tersebut. | Lain-lain | 09.11.2012 |
1) sedentary behaviour = tingkah-laku tidak ktif 2) cancer survivor =pemandiri kanser/ pesakit kanser yang terselamat 3) survivorship = tempoh pemandiri kanser 4) health related quality of life (HRQoL)= kualiti hidup berkaitan kesihatan 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)= aktivit fizikal sederhana hingga kuat Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 12.07.2018 |
1. Adakah terma Communities of Practice yang diperkenalkan oleh Lave & Wenger (1991) boleh diterjemahkan ke bahasa Malaysia? Kalau boleh, apakah terjemahan yang terbaik? 2. Apakah terjemahan terbaik untuk moderator variable dan mediator variable? Terima kasih. | Untuk makluman istilah "communities of practice" dan "mediator variable" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah "moderator variable" terdapat dalam bidang pendidikan, dan istilah bahasa Melayunya ialah pemboleh ubah sederhana. | Istilah | 23.04.2013 |
(1) Kata ganti nama encik masih boleh digunakan untuk wanita seperti yang terdapat dalam filem Melayu hitam putih. (2) Kata ganti nama cik pula boleh digunakan untuk lelaki seperti Cik Abu, Cik Bakar dan Cik Harun. (3) Adakah sumber rujukan berwibawa terbitan DBP yang mengatakan kata ganti nama cik itu khusus untuk wanita yang sudah berkahwin? Mohon penjelasan. | Dalam Kamus Dewan encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya, manakala cik biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali. | Makna | 19.09.2009 |
selamat sejahtera, saya mohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan berikut: 1. antecedent factor 2. moderating variable 3. mediating variable 4. stakeholder theory 5. strategic capabilities terima kasih | 1. antecedent factor - faktor sebelumnya/faktor luar jangka/faktor antesedan 2. moderating variable - pemboleh ubah sederhana 3. mediating variable - pemboleh ubah perantaraan 4. stakeholder theory - teori pelbagai kepentingan 5. strategic capabilities - kemampuan strategi Untuk makluman, istilah nombor 1. dan 2. ialah cadangan pihak kami kerana belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah tersebut. | Istilah | 21.02.2013 |
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'? | 1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah) | Tatabahasa | 30.07.2007 |