| Adakah terdapat padanan lain yang lebih sesuai bagi perkataan “such that” selain “sedemikian banyak” sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: Jika sesuatu sediaan makanan mengandungi mana-mana makanan yang dinyatakan dalam Jadual Keenam sebagai ramuannya, amaun bahan pengawet yang dibenarkan dalam sediaan makanan tersebut hendaklah sedemikian banyak supaya apabila dinyatakan sebagai peratusan bagi amaun yang dibenarkan untuk ramuan itu sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Keenam, peratusan itu tidak boleh melebihi kadar peratusan ramuan itu yang terdapat dalam makanan tersebut. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan “such that” dalam konteks tersebut ialah sebanyak yang dinyatakan. | Makna | 28.05.2021 |
| apakah maksud Page Setup di dalam bahasa melayu bagi penggunaannya dalam bidang komputer. | Kami cadangkan sediaan halaman atau penyusunan halaman. Harap mkalum. | Istilah | 31.12.2007 |
| Apakah padanan yang sesuai dan tepat bagi perkataan “savoury” dalam konteks ayat di bawah ini? Carian definisi bagi “savoury” adalah menyelerakan “Sauce 339. (1) Sauce shall be a liquid or semi-liquid savoury preparation of food with or without spices and intended to be eaten with food as a relish and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 340 to 345. Sos 339. (1) Sos hendaklah suatu sediaan makanan lazat dalam bentuk cecair atau separa cecair dengan atau tanpa rempah dan bertujuan untuk dimakan dengan makanan bagi memberi keenakan dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 340 hingga 345.”. | Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "savoury" ialah "menyelerakan", "tidak manis" atau "pedas", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya dalam ayat. | Lain-lain | 07.07.2021 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi "jelly crystals" dalam ayat di bawah ini. Melalui semakan ia dipadankan dengan "hablur jeli" tetapi ayat di bawah ini menggunakan padanan "lengkong sira". Table confection 139. (1) In these Regulations, “table confection” means any preparation including jelly crystals that is suitable and intended for use as a dessert or for ready conversion into a dessert and for which no other standard is prescribed in these Regulations. Konfeksi sajian 139. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “konfeksi sajian” ertinya apa-apa sediaan termasuk lengkong sira yang sesuai dan hendak digunakan sebagai pencuci mulut atau yang sedia ditukar menjadi pencuci mulut dan yang mengenainya tiada apa-apa standard lain ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini. | Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: jelly crystal - hablur jeli; hablur lengkong "jelly" merujuk kepada jeli; lengkong. "crystal" merujuk kepada hablur, iaitu bahan pepejal yang mempunyai bentuk tertentu disebabkan molekulnya tersusun mengikut pola tertentu yang disebut kekisi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.06.2021 |
| 1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat. | Lain-lain | 08.06.2010 |
| Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya. | Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 18.07.2021 |