Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dia.ka.la] | سدياکالا

Definisi : 1. yg dahulu, yg semula, yg sudah-sudah: maka surat dr Johor disuruh baginda jemput, spt adat yg ~; 2. sl sentiasa, selalu, setiap waktu: adapun Seri Rama ~ duduk dgn percintaannya juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dia.ka.la] | سدياکالا

Definisi : 1 selalu spt yg sudah-sudah atau spt biasa; sentiasa: Baginda ~ menghadap Seri Betara. 2 yg sudah-sudah; yg semula: Ahmad telah bekerja lebih giat drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sediakala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa itu pembangunan lestari?lestari-tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). pembangunan lestari=pembangunan tidak berubah...Tatabahasa25.07.2012
yang mana betul a. Ekor kucing itu terpijak oleh saya. atau b. Ekor kucing itu saya terpijak. ejaan mana yang betul a. sedia kala atau sediakala b. Internet atau internet (adakah kata ini kata nama khas) (mengikut Kamus Dewan dieja Internet) a. internet

a.  Dua-dua salah. Jawapan yang betul ialah " Saya terpijak ekor kucing itu".

b. Sediakala

b. Internet

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Tatabahasa27.06.2008
ejaan dahulukala betul atau dahulu kala betul?Ejaan yang betul ialah dahulukala, sama seperti kadangkala dan sediakala.Ejaan28.02.2012
Tuan, Adakah ayat ini betul: "KE ARAH KELESTARIAN YANG TUNTAS". terima kasihKelestarian bermaksud keadaan lestari atau seperti sediakala dan tuntas bermaksud menyeluruh dan lengkap. Melihat kepada makna perkataan-perkataan tersebut, frasa yang dibina sukar untuk difahami maknanya oleh masyarakat umum.Tatabahasa09.06.2011
Assalamualaikum, saya ada terbaca maksud lestari yang sebenar ialah tidak berubah-ubah, kekal dan tetap. Tetapi mengapa ada yang mengatakan 'lestari' bermaksud berterusan atau meneruskan kelangsungan. Banyak diguna pakai dalam pengucapan awam.Lestari bermaksud tetap seperti sediakala (tentang keadaan sesuatu); atau tidak berubah. Kesilapan mungkin berlaku kerana tidak merujuk sumber yang sahih.Makna11.03.2015
Raja Kamariah SAB 10.46 PAGI Assalamualaikum Saya mengalami kesulitan ini hampir seminggu untuk melayari prpm dan laman web DBP. Adakah telah beralih ke alamat lain atau bagaimana? Terima kasih di atas respon pihak Tuan.Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Laman web DBP telah berfungsi seperti sediakala di url yang sama.Lain-lain20.05.2017
mengapa semenjak hari sabtu (21 sept 2019) saya dapati capaian di kamus dbp sudah tidak seperti selalu? banyak terma yang saya cuba cari sudah tidak lagi dipaparkan. Contohnya, perkataan english - malay, "jumpsuit", "amazing" "incredible" saya seorang penterjemah bebas dan selalu bergantung kepada kamus dbp untuk memastikan kerja saya tepat. Saya harap kamus dbp dapat digunakan seperti sediakala secepat mungkin.

Masalah ini merupakan masalah  teknikal dan pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. Pihak tuan sudah boleh mengakses laman web tersebut untuk carian perkataan.

Lain-lain22.09.2019
Assalammualaikum, boleh saya tahu perbezaan website http://prpm.dbp.gov.my v1.0 dan v2.0 yang sekarang? Adakah fungsi dan datanya sama? Sebab ada beberapa perkataan yang di cari tidak jumpa. Dan ada tak cari untuk saya menggunakan v1.0 sekarang?Imej baharu laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ialah hasil penambahbaikan kepada yang sebelumnya. Pada awal perubahan ini berkemungkinan terdapat beberapa data tidak dapat diakses seperti sediakala. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh menyalurkan pertanyaan kepada pegawai Bahagian Sistem Maklumat, DBP, Tuan Haji Abu Bakar bin Buyong melalui talian 03-21479000 atau e-mel abu@dbp.gov.my.Lain-lain16.05.2017
Assalamualaikum. Mohon bantuan, adakah penggunaan kata " pelestarian" dan "kelestarian" dlm ayat ini betul atau tidak. Mohon dibetulkan jika ada kesalahan: 1. Visi sekolah : " Warga SKPG2 mengamalkan budaya pelestarian alam sekitar" 2. Misi sekolah : " Warga SKPG2 menunjukkan kelestarian terhadap alam sekitar melalui amalan pengurusan, aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum dan program penghijauan. Terima kasih atas bantuan tuan.1. Pelestarian bermaksud perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala, penggunaan pelestarian dalam ayat contih yang diberikan betul.
2. Kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dll) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal dan penggunaannya dalam ayat contoh yang kedua tidak tepat dari aspek makna perkataan tersebut dengan konteks ayat.
Tatabahasa09.08.2012
1. Mohon maklum balas DBP bagi ayat yang betul sama ada a. Melestarikan Pembangunan Mapan atau b. Melestarikan Pembangunan Mampan 2. Apakah maksud ayat tersebut? Terima kasih.

Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).

Manakala maksud melestarikan ialah: 
membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb).

Oleh itu ayat yang lebih tepat ialah ayat 2., iaitu Melestarikan Pembangunan Mampan. Ayat ini bermaksud "mengekalkan pembangunan yang boleh berkembangan dan mencapai prestasi yang baik.
Lain-lain20.10.2014

Kembali ke atas