Bagaimana sediakan dwibahasa melayu dan cina untuk kekalkan bahasa cina dalam papan iklan perniagaan | Penggunaan dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Mandarin) boleh dibuat dengan menyusun teks bahasa Melayu di atas teks bahasa Mandarin. Sekiranya hendak menyusun di kiri dan kanan, susun teks bahasa Melayu di sebelah kiri dan teks bahasa Mandarin di sebelah kanan. Saiz teks bahasa Melayu perlu lebih besar daripada saiz teks bahasa Mandarin. | Lain-lain | 05.01.2025 |
Mohon sediakan terjemahan untuk istilah sealing (tiada kaitan dengan singa laut) dalam Bahasa Malaysia. Penterjemah gunakan istilah 'pemertaian' yang tidak wujud dalam PRPM. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut data kami, padanan bagi 'sealing' ialah pematerian dan adangan. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks ayat yang ingin disampaikan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sealing&d=129316&. | Lain-lain | 04.12.2017 |
MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN | Bencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.). Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
permohonan khidmat nasihat pembetulan ayat. saya sediakan lampiran di bawah. | Tuan boleh mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui dbpsahbahasa.gov.my. Dalam lampiran tuan, terdapat kesalahan bahasa dan pembetulannya adalah seperti yang berikut: 1. JURU KIMPAL (pembetulan: JURUKIMPAL) 2. Tawaran gaji & elaun yang menarik disediakan (pembetulan: Tawaran gaji dan elaun yang menarik disediakan) 3. hp (pembetulan: TB) 4. OFFICE (Pembetulan: PEJABAT: ) | Lain-lain | 06.07.2017 |
Tuan, saya ingin tanya adakah pihak Dewan Bahasa sediakan perkhidmatan menyemak tulisan Jawi seperti dalam lampiran? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan lampiran yang diberikan, ejaan Jawi yang perlu dibetulkan ialah: mengamalkan (مڠعملکن) / berperlembagaan ( برڤرلمباݢاءن) / undang-undang (اوندڠ٢) / merujuk (مروجوع)/ perlembagaan (ڤرلمباݢاءن)/pemerintahan (ڤمرينتهن) /pindaan ( ڤينداءن) | Ejaan | 30.11.2020 |
Apakah perbezaan antara SINOPSIS dan ABSTRAK? Saya perlu sediakan satu format untuk penulisan ringkasan buku ilmiah yang telah dibaca. Saya keliru sama ada ingin menggunakan sinopsis atau abstak? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Manakala abstrak pula ialah Satu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. Oleh itu, penggunaan yang lebih sesuai ialah abstrak. | Lain-lain | 08.10.2010 |
pohon contoh surat akujanji dalam bahasa malaysia untuk sediakan akujanji akan pindahkan rumah sebagai balasan pertolongan kewangan | Dalam konteks ini, surat yang sesuai ialah perjanjian antara kedua-dua pihak. Surat aku janji digunakan sebagai ikrar, misalnya dalam perkhidmatan awam. | Lain-lain | 24.09.2009 |
TUAN/PUAN BOLEH BERI SAYA PANDUAN PENYENARIAN YANG PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK SAYA MENBUAT SATU PAPAN IKLAN SYARIKAT | Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera. | Lain-lain | 11.01.2023 |
Bagi penggunaan "Hari Ahad" atau "Ahad" sahaja, yang manakah yang betul? boleh sediakan contoh? | Perkataan yang betul ialah “hari Ahad”. Contoh ayat: “Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.” | Ejaan | 10.01.2024 |
Saya ingin bertanya tentang spesifikasi untuk kelulusan papan tanda yang telah kami sediakan. Papan tanda ini mengandungi perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Lain-lain | 04.11.2017 |