Jamila berasa ______ melihat keadaan neneknya. Jawapan manakah yang lebih sesuai? A.sedih B. simpati Apakah perbezaan antara 'sedih' dan 'simpati'? | Jawapannya ialah berasa sedih. Sedih bermaksud berasa sangat terharu atau rawan, manakala simpati bermaksud perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan. Daripada ayat di atas tidak ada keterangan lanjut yang membolehkan penggunaan perkataan simpati kerana ayatnya umum, oleh itu perkataan sedih lebih sesuai. | Tatabahasa | 17.07.2010 |
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. duka | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati:<i> Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih;i> Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
salam, Tuan, mana satu yang betul.. 1. saya ada baju baru atau saya ada baju baharu... 2. mengenai tanda bacaan "Saya sangat sedih," kata Gayah. atau "Saya sangat sedih". Kata Gayah. terima kasih :) | 1. Kedua-dua, baju baharu dan baju baru adalah betul. 2. Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya sangat sedih," kata Gayah. | Tatabahasa | 11.10.2011 |
Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada/kepada pendirian lama. | Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada pendirian lama. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
Mana jawapannya? Perasaan Mak Cik Aini........apabila mengenangkan.........anaknya berada di perantauan menjelang pagi hari raya. A. pilu....kekandasan B.sedih...kegagalan C.sakit...kelemahan D.sedih...kemanjaan | Tidak ada jawapan yang sesuai. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi? | Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
walaupun perasaannya tenat, di atetap berpura-pura gembira. (munsyi, adakah tenat betul dalam ayat ini? TK) | Perkataan "tenat" kurang sesuai digunakan dalam ayat. Perkataan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan ialah "sedih". Walaupun berperasaan sedih, dia tetap berpura-pura gembira. | Tatabahasa | 11.08.2013 |
Saya sedih bila bahasa penjajah digunakan bercampur aduk dengan bahasa melayu, iaitu Rakan Cop. Apa tindakan DBP dalam perkara ini. Terima kasih. | Pihak DBP telah menegur pihak yang berkenaan dan juga menyiarkannya dalam akhbar Klik DBP (sisipan akhbar Berita Harian) berhubung perkara ini. Kami turut memberikan cadangan, antaranya dengan menggantikan "rakan cop" kepada "rakan polis". | Lain-lain | 25.03.2007 |
SAYA INGIN BERTANYA MANA SATU TANDA BACAAN YANG BETUL TEMPAT LETAKNYA. CONTOH: "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." Mak Mah memberi penjelasan. ADAKAH TANDA PENGIKAT KATA PADA AKHIR AYAT DILETAK SELEPAS TANDA NOKTAH ATAU SEBELUM NOKTAH? MANA YANG BETUL? | Tanda petik diletakkan selepas tanda noktah. "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." | Ejaan | 29.07.2013 |
assalam wbt. salam aidil fitri. mohon betulkan ayat-ayat ini. 1.Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedang sedih itu. 2.Tugas guru ialah mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. 3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke rumah orang kaya itu untuk mencuri barangan yang berharga. 4.Setiap manusia perlu mempunyai tatacara hidup yang baik dan berprinsip. terima kasih. wassalam. | 1. Mak Ani sedang mententeramkan perasaan suaminya yang sedih itu. 2. Tugas guru mendidik anak bangsa manakala tugas pelajar belajar bersungguh-sungguh. 3.Pemuda itu mengaku yang dia telah menceroboh masuk ke dalam rumah orang kaya itu untuk mencri barangan berharga. 4. Setiap manusia perlu mempunyai gaya hidup yang baik dan berprinsip. | Tatabahasa | 20.08.2013 |