Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Kamus Dewan dicatatkan bahawa “eceran” ialah perihal menjual barang sedikit-sedikit. Bagaimanakah dengan ungkapan “karya eceran” dan “penerbitan eceran”? Tepat atau tidak penggunaannya?Dalam konteks ini perkataan tersebut boleh bermaksud karya atau penerbitan yang dihasilkan dalam jumlah yang sedikit atau dalam tempoh yang tidak tetap.  Makna28.01.2009
(a) sedikit banyak (b) sedikit sebanyak DBP, beriku yang manakah adalah betul?Frasa yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud lebih kurang.Tatabahasa04.09.2011
Mengapa sekarang guna "sedikit banyak" bukannya ' sedikit sebanyak 'Ungkapan yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud sekurang-kurangnya.Tatabahasa17.04.2009
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.03.2010
penggunaan yang mana betul sedikit sebanyak atau sedikit banyakYang biasa digunakan ialah sedikit sebanyak yang bermakna lebih kurang.Ejaan10.11.2006
tolong huraikan kepada saya tentang penggunaan kata banyakbanyak 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;Makna03.10.2007
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi menggigit-gigit? Ayat ini betul atau tidak? Terima kasih.Bidin duduk di pintu rumahnya menggigit-gigit pangkal cerut - ayat ini betul kerana mengigit-gigit dalam ayat ini bermaksud menggigit sedikit-sedikit atau disebut juga mengunggis.Tatabahasa05.02.2010
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih
Jawapan yang sesuai ialah mengengsot.
(éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. 
menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengeng­sotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;
Tatabahasa25.10.2012
Ungkapan sedikit sebanyak wajar digantikan dengan sedikit banyak. Hal ini menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan. Tolong berikan ulasan ringkas terhadap kenyataan ini.Merujuk kepada Kamus Dewan, ungkapan yang kebiasaannya digunakan ialah "sedikit sebanyak". Mohon agar saudara dapat memberikan sedikit maklumat apakah yang dimaksudkan dengan menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan agar pihak kami dapat berkongsi maklumat tersebut serta sumber yang saudara perolehi berkaitan perkara ini.Tatabahasa14.06.2007
Sedikit pertanyaan. Adakah penggunaan kata sendi "sampai" bersama kata arah "tengah" tersebut betul? Adik mengutip sampah sampai tengah padang. Terima kasih. Ayat tersebut betul. Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halama 284.   Tatabahasa11.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas