JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIH | Sambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan. | Makna | 03.12.2008 |
Adakan DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April depan?Jika ya, saya ingin berkongsi maklumat bagi menjalankan program di sekolah. | DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia ini pada bulan Ogos sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Puan boleh menghubungi Puan Filzah Ibrahim di Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.04.2009 |
World Youth Foundation | Yayasan Belia Sedunia | Lain-lain | 11.11.2008 |
World Health Day 2007: .... in health, build a safer future | hari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamat | Makna | 07.05.2007 |
Terima kasih di atas response yang begitu cepat dari pihak tuan. Tema Hari Kastam Sedunia adalah " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi " Sekiranya pihak kami ingin mengunakan huruf besar di setiap awalan perkataan iaitu " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi" di mana pihak tuan menyarankan " semula jadi " dieja sebagai dua perkataan. Adakah ejaan dan penggunaan huruf besar seperti yang di nyatakan di sini adalah betul. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan.Terima kasih. | Tema tersebut ditulis seperti yang berkut : Kastam dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi. | Tatabahasa | 03.12.2008 |
Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi. | Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai. | Makna | 14.08.2007 |
Kegunaan huruf besar kepada perkataan berikut betul atau salah? Guru Besar dan Hari Kanak-kanak | Ejaan yang betul ialah guru besar, Guru Besar Sekolah Menengah Gombak. Bagi ejaan kanak-kanak pula, Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |
Salam, dalam sukan olahraga terdapat beberapa istilah Inggeris yang tiada padanan dalam bahasa Melayu. Berikut adalah beberapa istilah yang saya maksudkan: 1) Dip finish, 2) Split time, 3) Speedwork, 4) Staggered start, 5) World Indoor Championship. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah yang telah saya senaraikan adalah berkenaan dengan bidang sukan terutamanya olahraga. Saya harap tuan dapat membantu saya mendapatkan padanan yang sesuai bagi istilah-istilah tersebut. Terima kasih atas bantuan pihak tuan. | Untuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data DBP. Sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai atau untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa. Cadangan terjemahan untuk "World Indoor Championship" ialah Kejohanan Olahraga Dalaman Sedunia. | Istilah | 09.10.2012 |
Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan koma sebelum perkataan dan. Adakah dibolehkan menggunakan koma sebelum perkataan 'dan'? Saya ada terbaca beberapa buku yang menggunakan penggunaan sedemikian. Bagaimanakah penggunaan yang sebetulnya? Contoh : telur, roti dan susu atau telur, roti, dan susu ? Seperkara lagi, bagaimanakah penggunaan 'al-Quran' yang sebetulnya? Adakah 'al' itu sepatutnya 'Al-Quran' atau 'al Quran dalam sesuatu ayat? Soalan terakhir, bagaimanakah penggunaan ayat dalam konteks huruf besar?misalnya tajuk Kesan-Kesan Buruk atau Kesan-kesan Buruk.Jika ia berupa tajuk,bagaimanakah penggunaan huruf besar untuk kata berganda seperti ini dan bagaimana pula penggunaan kata ganda dalam konteks ayat(bukan tajuk). Contoh: Negeri-Negeri Melayu atau Negeri-negeri Melayu. Sekian sahaja soalan saya. Sekian,terima kasih. | 1. Penggunaan tanda koma sebelum ‘dan’ lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum ‘dan’ biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur, dan surat khabar. 2. Ejaan yang didaftarkan dalam Kamus ialah al-Quran. 3. Kata ganda yang berfungsi sebagai tajuk dieja dengan huruf kecil seperti Hari Kanak-kanak Sedunia kecuali kata ganda tersebut telah didaftarkan dengan huruf besar. | Tatabahasa | 18.11.2011 |