Saya guru sains SKPJ2 ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa buku Teks Sains Tahun 5 (Terbitan 2010) ada kesilapan fakta. Muka surat: 98 kesalahan fakta : Scorpion can bee seen..........stinger between June and August. Sebenarnya December and February. Dan juga Orion can be seen.... between December and February sepatutnya june and August. Silalah buat pembetulan jika masih tidak diubah. Terima Kasih, Cikgu Kamal SKPJ2.(0192870692) atau 03-80767004 | Salam. Pernyataan yang cikgu berikan adalah salah. Pernyataan dalam buku teks adalah betul berdasarkan penyemakan dan pembetulan yang dibuat pada tahun 2008. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 20.09.2012 |
hai.. apakah penjodoh bilangan untuk 1 anak kunci sahaja Seen by Mohd Ridwan at 2:54pm sebentuk, sebuah atau sebiji anak kunci??? | Penjodoh bilangan untuk anak kunci boleh digunakan sebentuk atau sebatang. | Tatabahasa | 20.06.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah padanan yang sesuai bagi 'by the way' dan 'anyway' dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu untuk “by the way” dan “anyway” bergantung pada penggunaanya dalam ayat. Lihat contoh ayat berikut: 1a. By the way have you seen my brother? 1b. Oh ya! Ada tidak awak nampak abang saya? 2a. Anyway to cut a long story short he did succeed in becoming a doctor. 2b. Dipendekkan cerita, beliau berjaya menjadi doktor.
| Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2018 |
Afif Abd Rahman 16:30 Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. Saya nak tanya lagi, sekiranya tempat kerja baru saya ini, boleh kah alamatnya ditulis dalam bentuk sebegini? (Buat masa ini masih belum ada alamat rasmi) Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor Utara d.a. Klinik Kesihatan Batu Pahat Jalan Kluang 83000 Batu Pahat Johor Untuk makluman, pejabat ini terletak di belakang klinik kesihatan batu pahat. (Bangunan berasingan). Terkma kasih.Seen by Afif Abd Rahman at 16:30 | Penggunaan alamat seperti di atas boleh digunakan. Terima kasih. | Lain-lain | 09.11.2016 |
Liza Albatraoz 2:44PM salam sejahtera.saya nak tanya,di mana sy boleh dapatkan buku2 terbitan DBP pertengahan tahun 80-an? Pertengahan tahun 1980an, penerbitan siri cerita rakyat Malaysia 1. PUTERA KIAMBANG (cerita asal rakyat Pulau Pinang) 2. NAGA LAUT KEPALA TUJUH (rakyat perak) 3. DULI TUAN KECIK (tganu) 4. SI BONGSU DAN KAK NAM (Melaka) 5. Bukit setimbun tulang (Kelantan) 6. Kuda Hijau Siri Tidurlah Intan saya ingin membelinya utk hadiah anak saya... harap dapat bantu.. terima kasih Seen by Liza Albatraoz at 2:44pm | Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. | Lain-lain | 29.07.2016 |
The Theoretical Model is a multi-levelled model. Incorporated in the first level are the three key aspects most expected to impact on teachers’ relationships with students: Connectedness, Availability and Communication. The second level of the model features the expected mechanisms by which the key aspects were expected to be demonstrated by teachers as they relate with the students in their classes. Teachers who demonstrated the expected mechanisms were seen to be working towards achieving the key aspects in their relationships with students. | Soalan saudara tidak jelas. Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa menangani masalah penggunaan bahasa Melayu yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa, penyemakan bahasa, penyelidikan bahasa, kegiatan pengembangan bahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 23.02.2011 |