Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ségak) 1. bergaya, gagah, kacak, tampan: Latif yg ~ tampan sedang menukar bajunya; 2. sembuh drpd sakit, segar, sihat; menyegakkan menyihatkan (menyegar-kan) badan; ~ diri menggayakan (meng­gagahkan) diri; kesegakan perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyegak menengking, membentak, mengherdik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /ségak/ 1 bergaya lagi kacak; tam­pan: Kami tertarik melihat be­tapa ga­gah dan ~nya perajurit-pera­jurit itu ber­baris di tengah padang. 2 sembuh drpd sakit; sihat; segar. menyegakkan 1 membuat menjadi segak. 2 menyembuhkan drpd sakit; menyihatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segak (adjektif)
Bersinonim dengan tampan, lawa, bergaya, menarik, indah, tumandang, sajak, kacak, gagah, cegak, elok, lela, takah, pantas, cocok, laram, padan, sekah;,

Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012
1. Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.Adakah penggunaan kata penguat nian betul dalam ayat tersebut. 2. Ali mengambil air untuk memasak atau Ali mengambil air untuk dimasak.Bolehkah analisis dua bentuk ayat itu. 3. Boleh mencarikan saya kata istana untuk raja berikut a. melihat dan b. bersetuju 4. Ali mencari maklumat tentang pelajaran dengan menggunakan internet.Adakah ayat ini salah Sekian, terima kasih !

Salam sejahtera,

Kata penguat nian bereti terlalu sangat, amat benar, sungguh.  Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya.  Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh.  Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya.  Dalam konteks kata penguat nian, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya.  Oleh sebab itu, penggunaannya hanya betul dalam konteks ayat "Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.  Bukan "Nian segak Ali yang berpakaian baju Melayu." Rujuk Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan.

Analisis ayat:Ali mengambil air untuk memasak adalah seperti yang berikut:

Menurut Kamus Dewan kata "memasak" merupakan  terbitan daripada kata masak yang bererti membuat lauk-pauk (kuih-muih, dll), mengolah makanan supaya masak.  Ayat yang pertama membawa maksud Ali mengambil air untuk tujuan memasak makanan.  Walau bagaimanapun ayat tersebut perlu diperbaik dengan meletakkan objek kerana kata memasak ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek.  Ayat menjadi lengkap dengan meletakkan objek.  Contoh:  Ali mengambil air untuk memasak nasi.

Analisis ayat:Ali mengambil air untuk dimasak adalah seperti yang berikut:

Kata "dimasak" merupakan bentuk pasif memasak.  Ayat ini bermaksud Ali mengambil air untuk dimasak atau dipanaskan sehingga mendidih. 

Kata bahasa istana untuk kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a.   melihat      -    Tidak ada yang khusus.  Jika dilihat dalam teks-teks lama, kata melihat atau memandang digunakan.

b.    bersetuju -  berkenan

Ayat:Ali mencari maklumat pelajaran menggunakan internet.

Ayat tersebut betul. 

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa18.03.2008
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 mingguPengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan  yg lain,  sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih.Lain-lain11.09.2008
Pemuzik jalan yang berpakaian segak dan memakai tali leher sering ditemui jika kita berkunjung ke negara-negara Eropah. Munsyi , apakah kesalahan pada jalan dalam ayat ini? TQAyat tersebut tidak gramatis seperti penggunaan kata terbitan dan kata hubung yang kurang tepat. Oleh itu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan lihat di bawah tajuk berkenaan dan elakkan daripada membina ayat gabungan yang terlalu panjang.Tatabahasa13.02.2012
Salam Sejahtera. 1. Ali kelihatan ________ selepas menjalani aktiviti senaman. jawapan : segak atau segar 2. Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina Sekian, terima kasih.1. Jawapan yang betul ialah segar.
2. Kedua-duanya boleh digunakan.
Tatabahasa18.09.2013
Saya inginkan definisi dan kupasan maksud yang mendalam bagi perkataan KESIHATAN, KESEGAKAN dan KECERGASAN.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kesihatan bermakna perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Kesegakan pula bermaksud perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan manakala kecergasan ialah perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan ingin kupasan yang lebih lanjut, sila rujuk buku yaang berkaitan.Makna10.09.2008
Kata Penguat "nian" boleh digunakan di belakang kata adjektif seperti indah dan cantik. Bagaimana pula dengan kata adjektif lain? Adakah penggunaannya tiada had untuk kata adjektif lain? "elok nian" betul tak?Nian ialah kata penguat yang letaknya di belakang kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, dan sungguh. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, contohnya segak nian, bodoh nian.Tatabahasa11.05.2012

Kembali ke atas