Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segalanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah yang betul, mempersetujui segala-galanya / menyetujui segala-galanya / mempersetujui segalanya / menyetujui segalanya?Yang betul ialah mempersetujui segala-galanya dan menyetujui segala-galanya.Tatabahasa12.04.2007
Tuan, Yang mana betul? Segalanya di sini atau segala-galanya di sini? Terima Kasih

Kedua-duanya betul. dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, segalanya bererti semua sekali atau segala-galanya. Makna segala-galanya ialah seluruhnya sekali atau sekalian.

Ejaan22.09.2011
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Assalamu'alaikum saya wan ahsani pelajar daripada UKM Bangi.Saya ingin bertanya apakah perbezaan penggunaan istilah institusi pengajian tinggi Malaysia dengan institusi Pengajian Tinggi di Malaysia?Mengapakah menggunakan perkataan 'Pengajian Islam" contoh Fakulti Pengajian Islam tetapi bukan Pendidikan Islam? terima kasih atas segalanya1. Kedua-dua- frasa "institusi pengajian tinggi Malaysia" dengan "institusi Pengajian Tinggi di Malaysia" sama sahaja maknanya.
2. Pengajian bermaksud penyelidikan yang mendalam atau terperinci dan pendidikan ialah perihal mendidik. Oleh itu, Fakulti Pengajian Islam ialah frasa yang betul kerana pengajian di peringkat yang lebih tinggi lebih mendalam dan terperinci.
Tatabahasa18.04.2013
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan).

Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam.
Makna18.02.2013
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.Istilah03.12.2009
Saya perkenalkan diri saya sebagai staf ITU-UUM. Di sini saya ingin bertanya mengenai proses penterjemahan buku. Kini, kami di ITU-UUM sedang menjalankan projek komuniti dan semestinya untuk pembangunan masyarakat adalah berpandukan kepada kajian ilmiah. Untuk itu, beberapa buah buku yang diperolehi kami telah ditulis dalam Bahasa Indonesia. Jadi, pihak kami berhasrat untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia supaya ia mudah dibaca, difahami dan dianalisa untuk kebaikan masyarakat. Untuk proses penterjemahan inilah, kami memerlukan bantuan daripada pihak tuan agar ia dapat direalisasikan dengan jayanya. Kami berhasrat menjemput pihak tuan menyertai dalam proses penterjemahan ini dan sebelum segalanya bermula, kami ingin dapatkan keperluan awal yang terlibat seperti kos untuk penterjmahan sebuah buku dan terma lain yang berkaitan. Kerjasama daripada pihak tuan sangat diharga

Harap maaf, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan perkhidmatan perterjemahan secara percuma ataupun berbayar. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Lain-lain10.05.2009
Salam, Saya ingin bertanyakan bagaimana pihak DBP menyusun entri yang akan dipapar dalam carian PRPM? Contohnya, saya mencari perkataan 'selesai'. Maka, carian yang bakal saya peroleh ialah segala perkataan termasuk makna perkataan dan sebagainya yang mengandungi perkataan 'selesai' akan turut dipaparkan. Sedangkan makna perkataan 'selesai' yang ingin saya cari entah berada di halaman yang ke berapa. Saya cadangkan, pihak PRPM perlu memaparkan makna perkataan yang dicari mengikut urutan 1. (makna perkataan itu-tunggal mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat), disusuli mengikut kamus edisi kedua dan kamus pelajar. 2. (makna perkataan itu-kata ganda, kata majmuk dan sebagainya) Bukankah lebih mudah dan efisien jika sistemnya disusun dengan begitu sistematik dan mudah difahami? Bukankah PRPM ini untuk rujukan pantas selain melihat ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri? Maka, segalanya harus lebih mudah dan efisien di laman web ini. Harap maaf jika ada terkasar bahasa dan harap pihak DBP dapat ambil tindakan atas perkara ini. Terima kasih.Terima kasih atas pandangan puan. Untuk makluman puan, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) bukan hanya merakam Kamus Dewan Edisi Empat tetapi merakam pelabagai lagi rujukan seperti Peribahasa, Daftar Istilah, Kamus Pelajar dan lain-lain untuk pengguna bahasa. Puan boleh melayari Gerbang Kata melalui http://ekamus.dbp.gov.my untuk carian makna dalam Kamus Dewan dengan lebih fokus.Tatabahasa27.09.2013

Kembali ke atas