Hello, 1. saya inginkan kepastian ungkapan yang betul bagi ungkapan yang berikut: (a) kedua ibu bapa (b) kedua-dua ibu bapa yang manakah gramatis? 2. penggunaan kata ganti diri 'ia' amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia. IA mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. betulkah 'ia' digunakan bagi menggantikan amalan bergotong royong dalam perenggan di atas? 3. segelintir (a) SEGELINTIR DARIPADA pelajar suka bermain bola (b) SEGELINTIR pelajar suka bermain bola. yang mana gramatis? adakah semua kata bilangan himpunan mesti diikuti oleh 'daripada'? terima kasih | Jawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ibu bapa. 2. kata 'ia' bagi menggantikan amalan bergotong royong adalah tidak sesuai. Yang tepat ialah amalan ini mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. 3. Segelintir pelajar suka bermain bola. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'? | Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
Anak-anak yatim itu bertuah kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil berat__kebajikan mereka. MUNSYI, SAYA WASWAS SAMA ADA SELEPAS MENGAMBIL BERAT, WAJARLAH DIIKUTI DENGAN KATA SENDI ATAU TIDAK, TQ | Dalam konteks ini kata sendi nama perlu untuk membawa maksud rujukan sesuatu benda yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama yang sesuai ialah "tentang". | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Bahagian Lembar Bahasa di web terdapat satu kesalahan. Bil. 442, Segelintir daripada pemohon-pemohon (Salah) Segelintar daripada pemohon (Betul) [2/2003(11)] Kesalahan: Segelintar | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak kami akan menyemak perkara ini. | Lain-lain | 29.05.2008 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2)Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3)Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian. | Perkataan yang bergaris mengandungi kesalahan ejaan/tatabahasa. 1) Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2) Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3) Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
salam sejahtera Khidmat DBP, Bersama-sama ini saya sertakan soalan saya untuk tindakan pihak tuan/puan. | 1a. Pegawai Kebajikan itu memberikan bantuan modal perniagaan kepada segelintir penduduk yang termisknin. 1b. Pegawai Kebajikan itu memberikan bantuan modal perniagaan kepada segelintir daripada penduduk yang termisknin. Ulasan: Kedua-dua ayat di atas kurang tepat dan dipinda menjadi "Pegawai Kebajikan itu memberikan bantuan modal perniagaan kepada segelintir penduduk miskin. 2a. Hujan yang turun dengan lebat sejak kelmarin telah menenggelamkan sebahagian daripada tiang rumahnya. 2b. Hujan yang turun dengan lebat sejak kelmarin telah menenggelamkan sebahagian daripada tiang rumahnya. Ulasan: Kedua-dua ayat di atas adalah sama dan kurang tepat dan dipinda menjadi "Hujan yang turun dengan lebat sejak kelmarin telah menenggelamkan sebahagian daripada rumahnya". | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia sendiri manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya satu kata nama baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) diwujudkan bagi memberi pemahaman yang lebih khusus menjurus kepada fungsi dan peranan utama Agensi sepertimana agensi penguatkuasaan yang lain sebagai contoh Bomba, Imigresen, Kastam, Polis dan lain-lain? | Penetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing. | Istilah | 09.05.2019 |
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya diwujudkan satu perkataan baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) bagi menggantikan “Penguatkuasa Maritim” | Penetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing. | Makna | 09.05.2019 |
Raja Muhamad Taufiq 30 JANUARY 22:52 Assalamu'alaikum. Saya nak bagi cadangan, ada Bahasa Melayu (Bukan Bahasa Malaysia/Kebangsaan) yang segelintir kecil orang di Malaysia yang masih menggunakan bahasa Melayu lama. Antara ayat2 nya. - Apa dihempap? - Batuk tersembo. - Loyong. - Hantu pemburu. Dan banyak lagi. Boleh tak wujudkan Kamus Bahasa Melayu..bukan kamus Bahasa Malaysia. Pure Malay Language. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Selepas Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 tiada lagi perubahan yang berlaku pada sistem ejaan. Apa yang berlaku mungkin kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang belum mengetahui tentang perubahan tersebut dan masih terikut-ikut dengan sistem ejaan lama. DBP menerbitkan Kamus berbahasa Melayu dan dinamakan Kamus Dewan. | Lain-lain | 30.01.2017 |
Saya ingin bertanya soalan. Apakah peranan DBP bagi menyelaraskan penggunaan laras bahasa sastera dengan laras bahasa sukan kerana sejak belakangan ini, terdapat segelintir penulis skrip yang sengaja mencampurkan kedua-dua laras bahasa tersebut dalam penyampaian mereka.Maklum balas daripada pihak tuan amat dihargai. | Salam Tuan, Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini, tuan bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera di talian 03-21479232. Terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2014 |