Apakah perbezaan antara sayur-sayuran dan sayur-mayur dari segi : 1-maksud 2-penggunaan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sayur-sayuran dan sayur-mayur mempunyai maksud yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. | Makna | 10.09.2011 |
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan? | 1. Segi tiga dan bilik mandi. 2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat. 3. Buah hati dan pukul curi. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Di tempat pertama, "di" rapat atau jauh? Atau salah daripada segi tatabahasa? Dari segi atau daripada segi? | 1. Tempat pertama 2. Dari segi
| Tatabahasa | 07.11.2017 |
Manakah ayat yang betul mengikut DBP? Contoh 1: ..dari segi atau daripada segi; Contoh 2: ..dari gred M41 ke gred M44 atau daripada gred M41 kepada gred M44? | 1. Penggunaan yang betul ialah ... dari segi dan ... daripada gred M41 kepada gred M44. | Tatabahasa | 28.11.2019 |
Salam tuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang penggunaan ungkapan-ungkapan / perkataan-perkataan tertentu. 1. Dari segi atau daripada segi 2. dari aspek atau daripada aspek 3. dari sudut atau daripada sudut 4. kata alu-aluan atau kata-kata aluan Harap tuan dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. Dari segi 2. Dari aspek 3. Dari sudut 4. Kata alu-aluan | Tatabahasa | 21.02.2010 |
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Adakah ayat ini gramatis dan betul dari segi tatabahasa? 1. Malangnya, masih ramai pengusaha kilang yang bersikap mementingkan diri sendiri dan hanya ingin mengaut keuntungan. | Ya, ayat yang dikemukakan betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Salam. Mohon penjelasan daripada tuan. Soalan saya : 1. Ayat ialah dimensi yang kedua bagi makna. Dimensi pertama ialah perkataan. Demikian juga ayat betul dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi makna :Contoh;” Hujan turun setiap hari di seluruh dunia.” Mengapa ayat ini salah dari segi maknanya? 2. Mohon penjelasan, makna ayat dan proposisi ayat serta contohnya. Sekian, Terima kasih | 1. Ayat tersebut tepat dari segi nahu tetapi salah dari segi semantik kerana tidak jelas atau tidak tepat maknanya. Contoh yang lain, ayat Ali hamil, juga tepat dari aspek nahunya tetapi salah dari segi semantinya. 2. Serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud. Maklumat proposisi ayat tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun jika tajuk preposisi yang tuan maksudkan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 28.03.2012 |
1. Betulkah penggunaan " daripada segi / aspek " ? | Jawapan yang betul ialah dari segi dan dari aspek. | Lain-lain | 12.04.2010 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |