Apabila saya merujuki Kamus Dewan Edisi Keempat, saya dapati “wara” ialah kata akar. Adakah “wara” morfem terikat dan segolongan dengan “anai”? Jikalau benar, adakah pembentukan perkataan yang menggunakan “wara” seperti “jerayawara” dan “bicarawara” dapat dipertahankan? | Jerayawara dan bicarawara merupakan istilah khusus dan padanan bahasa Melayu bagi roadshow dan talkshow. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
apakah maksud mengimplimentasikan, menginduktrinasikan, kebejatan, dan hedonisme? | Makna mengimplimentasikan ialah melaksanakan, men jalankan, menunaikan. Mengindoktrinasikan pula ialah menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. Kebejatan pula ialah kerosakan, keburukan. Hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. | Makna | 04.11.2009 |
apakah penjodoh bilangan untuk pengasah pisau? | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk, saiz atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak lazim digandingkan dengan penjodoh bilangan apatah lagi bentuknya kini berubah. Contohnya, dahulu pengasah pisau dibuat dalam bentuk kepingan, maka boleh disebut 'sekeping pengasah pisau'. Tetapi kini pengasah pisau dicipta dalam bentuk yang berbeza, maka penjodoh bilangannya juga perlu berubah sesuai dengan bentuk dan keadaannya. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
SAYA INGIN MENANYA MENGENAI PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dan sebagainya. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
terangkan apakah maksud ummah? | Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa. | Makna | 04.10.2002 |
Adakah susunan ungkapan "sebahagian daripada" sama dengan susunan "selain daripada"? Jikalau benar, "daripada" dalam ungkapan itu mesti digugurkan? Terima kasih. | Kedua-dua ungkapan mempunyai susunan yang sama tetapi berbeza makna. Jika yang dimaksudkan ialah sebahagian daripada atau segolongan daripada, kata daripada tidak dapat digugurkan. Hal ini berbeza dengan ungkapan selain daripada kerana dapat digantikan dengan frasa selain itu. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Ingin bertanya penjodoh bilangan tergolong di bawah golongan kata yang mana satu? dan bagaimanakah saya boleh mengenal pasti golongan kata bagi perkataan-perkataan bahasa Melayu? | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih. | Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Imbuhan meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Salam sejahtera. Merujuk pada frasa berikut: sesudu gula, atau tiga suap nasi, se (satu) dan tiga merupakan kata bilangan, manakala gula dan nasi merupakan kata nama. Adakah suap dan sudu diklasifikasikan sebagai penjodoh bilangan? Terima kasih atas bantuan anda. (djohan A Rahman) | Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Oleh itu, kata nama tunggal suap dan sudu merupakan penjodoh bilangan bagi contoh yang diberikan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 106. | Tatabahasa | 26.06.2024 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak digunakan untuk satu agama sahaja. | Makna | 11.02.2009 |