Salam sejahter, apakah penjodoh bilangan yang tepat untuk tikar? 1. Ibu membentangkan segulung tikar di bawah pokok sebelum menghidangkan makanan. @ 2. Ibu membentangkan sebidang tikar di bawah pokok sebelum menghidangkan makanan. Sekian, terima kasih. | Penjodoh bilangan untuk tikar ialah sehelai. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
maksud perkataan "selingkar" | Lingkar bermaksud gulung dan kata terbitan selingkar (daripada lingkar) boleh membawa maksud segulung. | Makna | 28.08.2009 |
Jawapan manakah yang betul ? Nenek membentangkan _______tikar mengkuang di halaman lalu menaburkan beberapa _________ padi untuk dijemur. A Sekajang.......genggam B Segelung.......gemal C segulung.......cekak D sehelai......cupak | Jawapan yang betul ialah D. sehelai .... secupak... | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Salam 6 Ramadan, 1. Apakah bezanya ejaan 'tuhan' dan 'Tuhan'? 2. Dalam Kamus Dewan, ejaan 'Internet' ialah kata nama khas. Yang sebenarnya, kata nama am atau kata nama khas? 3. Apakah bezanya frasa 'segelung dawai' dan 'segulung dawai'? Terima kasih. | 1. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (sseperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. 2. Internet ialah istilah khusus atau kata nama khas. 3. Segelung dawai dengan segelung dawai sama sahaja maksudnya. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Salam Sejahtera, Saya ingin mengemukakan satu soalan yang berbunyi 1) Se( )benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju. Adakah jawapan gelung boleh diterima sebagai jawapan selain buku? Mengapa ? Terima Kasih. | Penjodoh bilang bilangan yang tepat ialah segelung benang atau segulung benang. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang | Saudara Shevir, Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Tuan , apakah penjodoh bilangan untuk filem ( kodak yang masih bergulung. dan untuk yang sudah dicuci? | Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Untuk benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, kebiasaannya ulung digunakan seperti segulung filem, manakala bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan. | Tatabahasa | 30.07.2009 |
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya. | Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah: Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya. | Tatabahasa | 19.06.2014 |