Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.rian] | سهارين

Definisi : sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.rian] | سهارين

Definisi : , sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seharian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon Tuan terangkan perbezaan maksud 'harian' dan 'seharian' serta contoh penggunaannya. Kehidupan harian atau kehidupan seharian yang lebih tepat? Aktiviti harian atau aktiviti seharian yang lebih tepat? Sekian, terima kasih.

Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.
Makna15.02.2017
Dalam percakapan seharian, terdapat ungkapan " saya tak kesah" (e taring), yang bermaksud "saya tak ambil hati". tetapi saya tidak dapat mencari ejaan yang betul bagi "kesah" dalam kamus. Saya telah merujuk kepada entri "kisah" dan "kesah" tetapi kedua-dua entri tidak menunjukkan maksud berkenaan. Apakah ejaan sebenar bagi perkataan ini?Ejaan yang betul bagi bahasa percakapan tersebut ialah "saya tidak kisah" (tetapi disebut kesah). Walau bagaimanapun tidak ada data dalam sumber rujukan kami tentang ungkapan berkenaan.Tatabahasa01.09.2012
Sejauh mana kepentingan warna dalam kehidupan seharian? atau Sejauh mana signifikasi warna dalam kehidupan seharian?Sekiranya ada perkataan Melayu yang boleh digunakan lebih baik menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan.  Walau bagaimanapun signifikasi lebih membawa maksud "penandaan" atau "pemaknaan" dan bukan "kepentingan".
Lain-lain08.03.2016
Apakah perbezaan antara kehidupan harian dengan kehidupan seharian? Terima kasih.Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.Tatabahasa09.10.2018
Soalan kesalahan tatabahasa PT3:- 1) Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurang sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Bolehkan saya dapatkan jawapan kesalahan tatabahasa bagi soalan di atas?Ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa dan fakta. Ayat yang gramatis, Ilmu yang dimiliki akan berkurang sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.Tatabahasa15.02.2019
perbezaan bahasa biasa yang digunakan seharian dengan bahasa sastera?Bahasa biasa ialah bahasa pengucapan yang digunakan sehari-hari, manakala bahasa sastera atau laras sastera banyak digunakan dalam karya kreatif. Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan lanjut. Terima kasih.Lain-lain05.02.2009
Jika sesuatu perkataan yang digunakan dalam ragam percakapan seharian seperti 'skodeng, pishang (pisyang)' digunakan oleh masyarakat secara meluas, akankah perkataan tersebut masuk ke dalam kamus dewan pada edisi akan datang? Dan akankah ia diubah ejaan supaya kelihatan seperti bahasa Melayu baku? (skodeng menjadi sekuding atau pishang menjadi pisyang).

Untuk makluman tuan/puan, antara fungsi Kamus umum DBP ialah merakamkan pelbagai bentuk kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat yang diambil daripada teks secara bertulis. Sehingga kini, perkataan skodeng dan pishang belum terakam dalam kamus di DBP. Kemungkinan perkataan ini akan dimasukkan atau diambil sebagai entri dalam kamus akan datang bergantung pada terakamnya perkataan ini dalam bentuk bertulis. Kamus DBP tidak memasukkan entri/perkataan yang diucapkan secara lisan. Dari segi ejaan, Bahagian Perkamusan DBP akan membuat penyelarasan dan pengubahsuaian semula ejaan mengikut sistem ejaan bahasa Melayu dan sebutan. Perkataan yang seumpama slanga ini jika dimasukkan dalam Kamus Dewan akan diletakkan di bawah label bp ( bahasa percakapan ) yang tidak digunakan dalam konteks rasmi. 

Istilah21.06.2018
Berikan keterangan tentang kata larangan taboo dalam bahasa melayu termasuk definisi dan contoh penggunaan seharian?Taboo dalam bahasa Melayu disebut larangan atau pantang larang seperti dalam contoh ayat, Banyak pantang larang mengenai wanita daripada mengenai lelaki dalam masyarakat itu.Makna02.07.2010
ADAKAH PERKATAAN 'TIM' DALAM BAHASA INGGERIS 'TEAM' DIDAFTARKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU DAN BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM PENGGUNAAN SEHARIANPadanan team dalam bahasa Melayu ialah pasukan atau kumpulan.Istilah08.11.2009
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HUKUM D-M? MENGAPAKAH BANYAK KESALAHAN YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM D-M DALAM PENGGUNAAN KITA SEHARIAN.Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Dalam penggunaan harian terdapat penerang yang mendahului unsur yang diterangkan. Hal ini boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan dan diterima sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu.  Tatabahasa03.07.2011
12345

Kembali ke atas