Sdr. yang dihormati,
Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan bantuan kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Thanks for clicking. That felt good.