Saya meraut pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat di atas betul? | Ayat yg betul ialah: Saya meraut pensel sehingga/hingga tajam. Saya meraut pensel dengan pisau. Harap maklum. | Tatabahasa | 16.10.2006 |
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali. | 1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. 2. Soalan kedua sukar difahami. Minta maaf. | Lain-lain | 21.09.2014 |
Salam Sejahtera, Mohon pencerahan mengenai penggunaan 'hingga' dan 'sehingga' bagi ayat berikut: Bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hingga/sehingga 31 Mac 2015 - perkataan mana yang sesuai ? Hingga/Sehingga. Terima Kasih. | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh: Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh: Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Namun adakalanya hingga juga membawa maksud sehingga, iaitu sampai pada keadaan atau masa. Berdasarkan contoh yang diberikan, hingga dan sehingga boleh digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 21.07.2015 |
Saya masih keliru tentang penggunaan kata sendi dari dan hingga/sehingga. Adakah ungkapan “dari pagi hingga/sehingga ke petang” betul? Jika silap, mohon penjelasan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Oleh itu ungkapan 'dari pagi hingga /sehingga petang boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.11.2009 |
apakah perbezaan antara penggunaan "hingga" dan " sehingga"?...adakah 'sehingga" merupakan kata sendi nama? | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Minta jelaskan perbezaan penggunaan i) hingga dan sehingga ii) sejak dan semenjak | 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Makna | 29.03.2008 |
Kami menonton televisyen sehingga larut malam. sehingga atau hingga- mana yang betul | 'Sehingga' dan 'hingga' dalam contoh ayat tersebut boleh digunakan kerana kedua-duanya menunjukkan sampai ke atau had. | Tatabahasa | 30.04.2008 |
Apakah perbezaan antara hingga dan sehingga? Adalah hingga hanya digunakan untuk masa dan waktu? | Mengikut Kamus Dewan hingga boleh membawa beberapa maksud, pertama sampai ke (tempat atau waktu) dan kedua hingga sama makna dengan, iaitu sampai pada masa keadaan dan sebagainya. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
Kata sehingga dan hingga sama penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya | Tatabahasa | 05.12.2012 |
Apakah perbezaan penggunaan "sehingga" dan "hingga" | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh: Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh: Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Namun adakalanya hingga juga membawa maksud sehingga, iaitu sampai pada keadaan atau masa. Berdasarkan contoh yang diberikan, hingga dan sehingga boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.
| Makna | 21.06.2016 |