saya ingin bertanya, adakah maksud dalam Kamus Dewan Edisi ke-empat mengatasi bahagian Istilah dalam PRPM? Terdapat banyak kecelaruan dalam PRPM sehinggakan mengelirukan pengguna. Bila PRPRM akan mengemas kini masukan dalam PRPM? | Salam sejahtera, Kamus Dewan merakamkan daripada aspek makna seperti dalam edisi cetak mengikut tahun cetakan. Dalam PRPM yang mengandungi istilah terdiri daripada istilah sumber, istilah Indonesia, Brunei dan Malaysia mengikut bidang yang dikemas kini sekiranya terdapat pembaharuan. Kekeliruan yang timbul oleh pengguna bahasa boleh diutarakan sebagai penambahbaikan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.02.2019 |
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/ | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan. | Lain-lain | 16.08.2013 |
Assalamualaikum, saya nak bertanya . Keturunan sebelah mak saya , yaitu kepada moyang saya ada gelaran Syed dan ada gelaran Syarifah . Tetapi moyang saya yang gelaran Syed nie berkahwin dengan orang biasa sehinggakan gelarannya dibuang . Kenapa boleh menyebabkan gelaran tu dibuang ya ? | Mohon maaf, soalan yang diberikan tidak berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP. | Lain-lain | 12.03.2025 |
Seperti yg kita tahu, karya sastera mempunyai lesen puitika yg membolehkan penulis tidak mengikut aturan tatabahasa. Tapi apakah penggunaan ia (bagi merujuk manusia iaitu ganti nama diri ketiga) ini dibolehkan dalam penulisan sastera seperi novl sehinggakan apabila dibaca, ayat tersebut agak ganjil. Apakah perlu diganti perkataan tersebut kepada 'dia'? Atau apakah ada ketetapan mengenai perkara ini? Terima kasih | Tidak perlu digantikan penggunaan ia kepada dia kerana kedua-duanya ialah ganti nama diri orang ketiga selain beliau, mereka, -nya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 86-87. | Tatabahasa | 12.09.2018 |
Kata sehingga dan hingga sama penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya | Tatabahasa | 05.12.2012 |
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |
Saya menghadapi masalah dalam penggunaan perkataan 'hingga' dan 'sehingga'. Contoh: .. jumlah perbelanjaan sehingga Disember 2020 .. jumlah perbelanjaan hingga Disember 2020 .. jumlah perbelanjaan dari bulan Januari hingga Jun 2020 .. jumlah perbelanjaan dari bulan Januari sehingga Jun 2020 | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hingga membawa maksud 1. garis yang terakhir, batas 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll), sampai pada ketika ini, 3. sehingga, hinggakan , sehinggakan sampai pada keadaan (masa dll), sampai menjadi 4. sastera lama setelah (sudah) (muka surat 538) Berdasarkan maksud ini, kedua-dua hingga dan sehingga boleh digunakan dalam ayat contoh yang diberikan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 03.09.2020 |
Apakah penggunaan yang betul sama ada sehingga kini atau hingga kini. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); maka penggunaan yang betul ialah sehingga kini | Tatabahasa | 27.12.2016 |
DBP yg dihormati, apakah perbezaan di antara 'hingga' dan 'sehingga'. Perbezaan dari segi penggunaan keduanya. Terima kasih sekali lagi. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya. | Tatabahasa | 21.05.2010 |
persoalan bahasa melayu tidak pernah selesi, daripada masalah kesilapan ejaan hinggalah masalah nilai ekonomi bahasa melayu dan masalah memperjuangkan bahasa melayu. menyentuh persoalan niali ekonomi bahasa melayu, pejuang-pejuang bahasa sentiasa berusaha meningkatkan niali ekonomi, namun ada pendapat usaha itu gagal dan mengatakan bahawa nilai itu semakin jatuh. malah ada juga pihak mengatakan DBP "mandul" disebabkan peminjamnan yang terlalu banyak (dalam Kamus Dewan) sehinggakan jati diri bahasa melayu "hilang'. tetapi saya percaya.. maslah ini tidak seharusnya menyalahkan DBP sahaja,..pihak lain juga sepatutnya dipersalhkan. jadi.. saya hendak bertanya: mengapa 'rang undang-undang' agar pesalah bahasa dikenakan tindakan tidak dikuatkuasakan.. bagaimana pihak tuan melihat nilai ekonomi bahasa melayu sejaka berada tahun yang ke lapan di alaf yang ketiga ini? | Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka sedang diusahakan buat masa ini dan apabila pindaan ini diluluskan akan memberikan kuasa Nilai ekonomi bahasa Melayu masih berada di tahap yang memuaskan memandangkan bahasa Melayu masih terus digunakan dalam pelbagai urusan di dalam negara. | Lain-lain | 22.07.2008 |