Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehinggalah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandarAyat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.'Tatabahasa13.09.2007
Assalamualaikum..saya memerlukan maklumat berkenaan dengan sejarah Penubuhan DBP. Senarai ketua pengarah DBP yang pertama sehinggalah yang sekarang. sekian terima kasih.Sila layari laman web www.dbp.gov.my, pelbagai maklumat tentang DBP ada dimuatkan dalam laman tersebut.Lain-lain25.06.2015
Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan bahasa melayuDewan Bahasa dan Pustaka banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Antaranya ialah pedoman ejaan baru, pedoman pembentukan istilah, penataran bahasa, penyelarasan garis panduan, pemantauan bahasa dan banyak lagi.Lain-lain22.08.2006
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah ‘SALAM’ acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan “SALAM SEJAHTERA” sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; “SALAM TAKZIAH”. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA.Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.09.2012
Saya ingin memulakan penulisan buku untuk di pasarkan, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman menulis. Untuk itu saya ingin meminta khidmat nasihat dari DBP dalam semua aspek penulisan sehinggalah kepada penerbitan dan pemasaran. Mohon penjelasanMohon berurusan dengan Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP kerana bahagian tersebut banyak menyediakan peluang latihan seperti yang diperlukan itu. Lain-lain22.07.2008
Assalam, saya sedang dalam proses menyiapkan manuskrip buku akademik. Saya bercadang untuk menerbitkan sendiri buku tersebut. Bolehkah saya menggunakan khidmat DBP utk menyunting, grafik dan urusan lain-lain yang berkaitan sehinggalah manuskrip tersebut siap sepenuhnya untuk di cetak. Terima kasih.Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak, menyunting dan membaca pruf buku  selain terbitan DBP.Lain-lain21.12.2015
bagaimana cara mengajar murid yang keliru tentang huruf d dan bMaklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami masalah ini boleh diatasi dengan penerangan dan latih tubi yang berterusan sehinggalah pelajar tersebut dapat mengenali dan membezakan kedua-dua hurf berkenaan.Lain-lain26.04.2013
Salam sejahtera untuk tuan/puan sekalian. Berkenaan dengan sejarah tulisan bahasa Melayu, biasanya sejarah bahasa amat sukar untuk saya fahami. Jadi bagaimanakah perkembangan sistem bahasa dan tulisan bahasa Melayu berkembang, bermula dari sistem tulisan Melayu kuno sehinggalah sistem tulisan bahasa Melayu yang kita guna sekarang iaitu tulisan rumi. Huraikan secara terperinci mengenai sistem ejaan, dan sistem tulisan bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan.Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,  Bab 1 : Sejarah Ringkas Bahasa Melayu;  Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP); Ismail Hussain (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.Lain-lain09.07.2008
SAYA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG LANGKAH PELAKSANAAN AUDIT BAHASA KEBANGSAAN DAN IMPLIKASI PROGRAM TERSEBUTUntuk makluman puan, program audit bahasa masih lagi dalam peringkat perancangan oleh pengurusan DBP. Tidak ada maklumat lanjut yang dapat diuar-uarkan sehinggalah program ini diluluskan dan dapat dilaksanakan pada suatu hari nanti. Sebagai maklumat tambahan, puan boleh merujuk artikel dalam akhbar berkaitan program berkenaan.Tatabahasa19.04.2012
Salam sejahtera. Saya sedang mancari terjemahan istilah "capacity building" atau "capacity development" yang sering kali digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, badan-badan kementerian mahupun organisasi-organisasi secara amnya. Saya sedang menggunakan istilah "pembangunan keupayaan" buat masa ini sehinggalah saya menjumpai istilah yang lebih baik. Terima kasih atas maklum balas tuan.Istilah "capacity building" atau "capacity development" boleh diterjemahkan sebagai "pembinaan keupayaan", "pembinaan kapasiti", "pembangunan kapasiti" atau "pembangunan keupayaan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.05.2022
12

Kembali ke atas