Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehubungan dengan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana yang betul... sehubungan dengan itu atau sehubungan itu, Apa alasan anda...Mengikut Kamus Dewan, perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan, bersangkutan dengan. Frasa sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan.Tatabahasa14.12.2017
sehubungan dengan ituTiada soalan dinyatakan. Jika berkenaan frasa "sehubungan dengan itu", frasa tersebut adalah  betul.Tatabahasa13.06.2013
salam tuan, yang mana satu betul penggunaannya ,sehubungan dengan itu atau sehubungan itu. mohon penjelasan....Mengikut Kamus Dewan, perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan, bersangkutan dengan. Frasa sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan.Tatabahasa13.02.2012
Penggunaan pewanda wacana "sehubungan dengan itu" ataupun "sehubungan itu" betul?Frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan.
Tatabahasa05.04.2013
i) Perkataan mana satu yang betul 'samada' atau 'sama ada'. ii) Apa perkataan yang sama erti dengan 'sehubungan dengan itu' (sekiranya ada) Terima kasih.1. Ejaan yang betul ialah sama ada.
2. Bukan semua perkataan atau frasa ada perkataan/frasa yang sama maknanya begitu juga dengan frasa "sehubungan dengan itu".
Tatabahasa21.06.2012
Penggunaan frasa "Sehubungan dengan itu..." dalam surat rasmi sebagai penghubung wacana adakah tepat?Jika berkenaan frasa "sehubungan dengan itu", frasa tersebut adalah  betul sebagai penghubung wacana.Tatabahasa27.05.2015
Penggunaan dalam ayat: Sehubungan dengan itu, atau Sehubungan itu, yang mana satu betul penggunaannya. terima kasihFrasa yang paling tepat ialah Sehubungan dengan itu.Tatabahasa21.11.2019
Pertanyaan : Penggunaan bahasa seperti dijemput dan dipelawa ada perbezaankah maksudnya? cth: untuk surat rasmi kerajaan: Sehubungan dengan itu, tuan/npuan adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan atau pun Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. Yang manakah sesuai untuk digunapakai dalam surat rasmi? terima kasihMaksud:
1. Jemput: menyambut, mengalu-alu (kedatangan seseorang)
2. Pelawa: mengajak, mempersilakan, ajakan undangan
Oleh itu, jawapan yang tepat ialah "Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan.
Istilah19.06.2014
manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini.1. Sehubungan dengan itu

2. sekali gus

3. sejak kebelakangan ini
Tatabahasa14.10.2014
bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruanSehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. Tatabahasa02.02.2015
12345678910...

Kembali ke atas