Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sehubungan dengan itu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah penggunaan ayat sehubungan itu.? Adakah sehubungan dengan itu atau sehubungan itu ?Jawapan yang betul ialah "Sehubungan dengan itu,"Lain-lain13.01.2023
Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk.Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu,"Tatabahasa30.05.2012
Penggunaan dalam ayat: Sehubungan dengan itu, atau Sehubungan itu, yang mana satu betul penggunaannya. terima kasihFrasa yang paling tepat ialah Sehubungan dengan itu.Tatabahasa21.11.2019
manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini.1. Sehubungan dengan itu

2. sekali gus

3. sejak kebelakangan ini
Tatabahasa14.10.2014
sehubungan dengan ituTiada soalan dinyatakan. Jika berkenaan frasa "sehubungan dengan itu", frasa tersebut adalah  betul.Tatabahasa13.06.2013
Tuan, mohon penjelasan antara penggunaan: sehubungan itu atau sehubungan dengan itu Mana yang lebih tepat. Terima kasihFrasa yang lebih tepat ialah "sehubungan dengan itu" kerana merujuk perkataan "berhubung dengan..."  perlu ada perkataan dengan.Tatabahasa22.01.2014
Penggunaan frasa "Sehubungan dengan itu..." dalam surat rasmi sebagai penghubung wacana adakah tepat?Jika berkenaan frasa "sehubungan dengan itu", frasa tersebut adalah  betul sebagai penghubung wacana.Tatabahasa27.05.2015
Pertanyaan : Penggunaan bahasa seperti dijemput dan dipelawa ada perbezaankah maksudnya? cth: untuk surat rasmi kerajaan: Sehubungan dengan itu, tuan/npuan adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan atau pun Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. Yang manakah sesuai untuk digunapakai dalam surat rasmi? terima kasihMaksud:
1. Jemput: menyambut, mengalu-alu (kedatangan seseorang)
2. Pelawa: mengajak, mempersilakan, ajakan undangan
Oleh itu, jawapan yang tepat ialah "Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan.
Istilah19.06.2014
bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruanSehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. Tatabahasa02.02.2015
Selamat sejahtera tuan/puan, 1. Ini disebabkan oleh kecuaiannya. 2.Hal ini disebabkan oleh kecuaiannya. 3 sehubungan itu atau sehubungan dengan itu ayat 1 atau ayat 2 ,mana yang betul, atau kedua-dua ayat betul? untuk ayat 3, mana satu frasa dikira betul? Terima kasih didahulukan
Frasa yang gramatis adalah seperti berikut:

1. Hal ini disebabkan oleh kecuaiannya.

2. Sehubungan dengan itu,..
Tatabahasa01.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas