Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh. | 1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. 2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun | Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya mengikut panduan berikut: 1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan. 2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun. 3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan. | Lain-lain | 14.07.2010 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik? | Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut: 1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman) 2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud. 3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan) | Lain-lain | 14.07.2010 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai? | 1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. 3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang. 2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. 3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi. | Tatabahasa | 15.09.2012 |
apakah maksud pincangan? | Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. | Makna | 01.02.2013 |
1. Jambatan itu (ialah/ adalah/ -) yang terpanjang di negeri ini. 2. kelakuannya (ialah/ adalah/ -) seperti kakaknya. saya ingin memastikan penggunaan 'ialah' dan 'adalah' dalam kedua-dua ayat tersebut. ataupun tidak patut menggunakan "ialah" mahupun "adalah" kerana kelewahan. terima kasih. | 1. Jambatan itu yang terpanjang di negeri ini. 2. Kelakuannya seperti kakaknya. Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti Antara perkara yang dibicarakan dalam buku ini ialah masalah moral remaja. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Oleh yang demikian, bilakah perkataan "adalah" boleh digunakan dalam sesuatu ayat?Harap pihak puan dapat memberikan beberapa contoh. | Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: 1)Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar Bandar. 2)Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya? | Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada: 1. Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema 2. Pantun yang dijual mempunyai soalan 3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian tidak mendapat markah. Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih , 1. Pola rima dan suku kata 2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 3. Kemunasabahan pembayang maksud 3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 4. Sebutan yang jelas Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui, 1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun 2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud) 3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris) 4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan) Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik. | Lain-lain | 18.11.2010 |
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000? | Saudara, Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar, dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan. Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan KOMSAS bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar. KOMSAS lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik. Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya: - mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional - mengenal puisi moden dan puisi tradisional - memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi - memahami binaan dan teknik plot - menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan - menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan - menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada. | Sastera | 28.05.2011 |
Bila kita perlu guna adalah dan bila kita perlu guna ialah? | Adik Nurul Aqilah, Untuk makluman adik, kata "ialah dan adalah" merupakan golongan kata pemeri. Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama seperti yang terdapat dalam ayat yang berikut: 1. Ibunya ialah orang yang paling disayanginya. (Nota: Kata yang bergaris orang ialah frasa nama) Manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh ayat : 2. Kursus ini adalah untuk pegawai atasan. (Nota: untuk ialah frasa sendi nama) 3. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (Nota; baik ialah frasa adjektif) | Tatabahasa | 02.04.2009 |