Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.i.ras] | سأيرس

Definisi : hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.i.ras] | سأيرس

Definisi : asal drpd satu bahan dan tidak bersambung: jenis keris Majapahit yg mempunyai hulu dan mata seiras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.i.ras] | سأيرس

Definisi : serupa atau hampir serupa (mukanya): Mukanya ~ muka Mat Kilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seiras


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebab kesalahan seiras-iras

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan seiras-iras bermaksud hampir serupa atau sama dengan seseorang atau sesuatu, seiras. Contoh ayat, Dia seiras-iras wajah Allahyarhamah Saloma. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana.

Makna16.05.2023
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Seiras" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), makna bagi kata "seiras" adalah seperti yang berikut:

seiras kata adjektif
hampir sama dengan seseorang atau sesuatu dari segi bentuk, rupa, sifat dan sebagainya; iras;
Contoh penggunaan:
Rozie memiliki wajah yang seiras dengan wajah ibunya.
Kedua-dua artis itu mempunyai nama yang seiras.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kamus terkini terbitan DBP ini di halaman 1993 dan 839.
Makna29.01.2024
Kisah dua kembar seiras dan kasih sayang adalah segala-galanya. Betul atau tidak ayat ini? Terima kasihKisah dua kembar seiras dan kasih sayang ialah segala-galanya.Tatabahasa03.05.2013
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya Wajah kedua-dua orang tersebut "seiras" atau "serupa"? Yang manakah adakah betul? Terima kasih :)Kedua-dua perkataan seiras dan serupa boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.08.2021
apakah pembetulan kesalahan bagi gambar di bawah
  1. Perkataan yang sesuai bagi perkataan seiras-iras pada ayat tersebut ialah seakan-akan.
  2. Ayat yang betul ialah Semua pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa had.

Tatabahasa16.05.2023
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013

Kembali ke atas