Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.i.ring] | سأيريڠ

Definisi : 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
iring
Kata Terbitan : seiring, beriringan, mengiringi, iringan, iring-iringan, pengiring,

Peribahasa

Adat yang kawi,
     syarak yang lazim.

Bermaksud :

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
seiring,beriringMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, seiring bermaksud bersama-sama berjalan, manakala beriring bermaksud berjalan bersama-sama.Makna14.10.2009
apakah maksud dasar langit terbuka?Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri.Makna26.09.2007
Salam pihak DBP. Saya ingin membuat cadangan agar pihak DBP menerbitkan majalah dan buku secara digital seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi masa kini. Saya ingin membeli majalah seperti DEWAN SASTERA, BUDAYA dan sebagainya tetapi secara digital kerana pertama mudah untuk dibawa dan dibaca kemana-mana. Kedua, memudahakan penyimpanan. Jika bahan bacaan masih bersifat tradisional/fizikal akan menyukarkan pembaca menyemak dan mencari kembali bahan bacaan yang lama yang mungkin tersimpan di stor dan sebagainya.Oleh itu saya memohon agar pihak DBP mempertimbangkan cadangan ini agar bahan bacaan DBP kekal relevan dan terus diminati terutamanya generasi muda. Terima kasih.Salam tuan yang dihormati, Untuk makluman, pihak DBP kini sedang dalam proses ke arah penerbitan buku dan majalah secara digital. Sungguhpun begitu, pada peringkat awal, tidak semua akan didigitalkan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian dan keutamaan.Lain-lain26.09.2017
apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia?Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat.Lain-lain17.06.2010
APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN?Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini.Tatabahasa27.08.2010
Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat?

Assalamualaikum

Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu.

Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan.

Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang!

Begitulah hebatnya teknologi.

Lain-lain03.11.2010
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Soalan saya. 1. Adakah sesuai penggunaan perkataan kepemimpinan dalam ayat ini? "namun sikap yang ada pada Ainur Mustika sudah berjaya untuk membuktikan bahawa walaupun wanita itu tidak terlibat secara langsung dalam proses kepemimpinan, mereka mampu menyuarakan pendapat seiring dengan pemimpin supaya cadangan mereka didengari." 2. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan dengan terperinci perbezaan penggunaan istilah kepimpinan dan kepemimpinan?Saya kurang faham akan maksudnya dalam kamus dewan. 3. Adakah saya dikira salah jika menggunakan istilah kepimpinan jika sepatutnya istilah kepemimpinan saya gunakan? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemimpinan bermaksud keupayaan sebagai pemimpin. Pada pandangan kami apabila melihat kepada perbuatan perkataan kepimpinan yang digunakan, manakala apabila melihat kepada ketokohan dan digunakan dalam konteks yang lebih besar perkataan kepemimpinan lebih sesuai digunakan. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti sesuai dengan konsep makna dan konteks penggunaannya. Dan perlu diingat kepimpinan dan kepemimpinan bukanlah suatu proses tetapi keupayaan.Tatabahasa03.10.2013
Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa dan memertabatkan bahasa MelayuPelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam negara merdeka seperti Malaysia yan sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk kemajuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu.Lain-lain27.07.2009
APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASAMenurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. Makna27.12.2007
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBIBulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa.Lain-lain18.10.2014
12

Kembali ke atas