Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
iring
Kata Terbitan : seiring, beriringan, mengiringi, iringan, iring-iringan, pengiring,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia?Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat.Lain-lain17.06.2010
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Soalan saya. 1. Adakah sesuai penggunaan perkataan kepemimpinan dalam ayat ini? "namun sikap yang ada pada Ainur Mustika sudah berjaya untuk membuktikan bahawa walaupun wanita itu tidak terlibat secara langsung dalam proses kepemimpinan, mereka mampu menyuarakan pendapat seiring dengan pemimpin supaya cadangan mereka didengari." 2. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan dengan terperinci perbezaan penggunaan istilah kepimpinan dan kepemimpinan?Saya kurang faham akan maksudnya dalam kamus dewan. 3. Adakah saya dikira salah jika menggunakan istilah kepimpinan jika sepatutnya istilah kepemimpinan saya gunakan? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemimpinan bermaksud keupayaan sebagai pemimpin. Pada pandangan kami apabila melihat kepada perbuatan perkataan kepimpinan yang digunakan, manakala apabila melihat kepada ketokohan dan digunakan dalam konteks yang lebih besar perkataan kepemimpinan lebih sesuai digunakan. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti sesuai dengan konsep makna dan konteks penggunaannya. Dan perlu diingat kepimpinan dan kepemimpinan bukanlah suatu proses tetapi keupayaan.Tatabahasa03.10.2013
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "tax buoyancy": Tax buoyancy mengukur sejauh mana hasil cukai berubah seiring dengan perubahan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sekiranya nisbah tax buoyancy bersamaan dengan 1, ini bemaksud peningkatan hasil cukai berkadaran dengan peningkatan KDNK. Sekiranya nisbah melebihi 1, ini bermaksud peningkatan hasil cukai adalah lebih baik daripada peningkatan KDNK, menggambarkan dasar percukaian kerajaan yang efektif dalam kutipan hasil cukai.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi tax buoyancy ialah cukai apunganMakna17.10.2020
Salam pihak DBP. Saya ada satu pertanyaan di sini. Apakah perbezaan di antara perkataan perpaduan dan kesepaduan?adakah ia mempunyai makna yang sama ataua makna yang berbeza? Saya ada mencari melalui carian google, terdapat satu carian yang menunjukka bahawa kedua makna perkataan ini mempunyai maksud berbeza Perpaduan-menjadi 1, berpadu, bergabung @bercampur sehingga kita tak mengenali bentuk asal Kesepaduan-seiring, bersama,selari @harmoni, tak bermaksud berpadu hingga hilang bentuk asalnya Adakah ini benar?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat kesepaduan bermaksud keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yang utuh.

Perpaduan pula bermaksud  penggabungan, peleburan; persesuaian, kecocokan; perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan.

Daripada maksud yang diberikan, makna kedua-dua hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks.
Tatabahasa16.11.2016
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000?

Saudara,

Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar,  dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan.

Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan  seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan  KOMSAS  bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS  mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar.  KOMSAS lebih berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik.

Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya:

- mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional

- mengenal puisi moden dan puisi tradisional

- memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi

- memahami binaan dan teknik plot

- menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

- menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan

- menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

 

Sastera28.05.2011
adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll.Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel).  

Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa14.03.2013
Salam, bolehkah para Pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu hari ini mempertahankan bahasa Melayu dengan mengurangkan peminjaman istilah-istilah asing seperti bahasa Inggeris dan Eropah sebab bahasa-bahasa itu bukan rumpun Melayu. Jika tiada perkataan atau istilah yang sesuai untuk menterjemahkan sesuatu istilah Inggeris, ada baiknya jikalau para pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu meminjam istilah serumpun seperti bahasa Melayu Indonesia, bahasa Jawa, Arab, Filipina dan lain-lain serta ada baiknya juga jikalau dipinjam daripada istilah-istilah loghat negeri atau daerah seperti loghat Kelantan, Kedah, Johor dan jikalau tiada sekalipun, cubalah untuk mereka dan mencipta istilah baru. Untuk itu saya memberi contoh, bahasa Melayu tiada istilah "Bicycle" dalam bahasa Inggeris, lalu dipinjam menjadi ''basikal'' dan itu memang kerja menjengkelkan serta kerja mudah. Apa kata, para DBP dan tokoh bahasa Melayu berfikiran terbuka dan berdaya cipta sedikit . Jadi, dalam loghat kedah ''basikal'' disebut ''gerek''. Jadi, apa salahnya jikalau digunakan ''gerek'' untuk ''basikal'' dalam bahasa Melayu dan boleh juga mencipta istilah lain seperti ''bi'' dalam bahasa Inggeris dan ''dwi" dalam bahasa Melayu serta ''cycle'' dalam bahasa Inggeris dan ''kitar'' dalam bahasa Melayu. Jadi, tak salahkan jikalau digabungkan dua perkataan Melayu itu seperti "dwikitar'' untuk ''bicycle'' dalam bahasa Inggeris.

Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan).  Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. 1">

1"> 

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab.1">

1"> 

1.0cm;">          Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini.  Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.1">

Istilah06.11.2015

Kembali ke atas