Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi. | Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai. | Makna | 14.08.2007 |
Salam sejahtera, Apakah istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk "universal human values"? yang mana lebih tepat? "nilai murni sejagat" atau "nilai murni kemanusiaan sejagat" tiada rujukan tesaurus/kamus untuk istilah "human values" dalam PRPM .... | Terjemahan istilah yang sesuai bagi universal human values ialah Nilai kemanusiaan sejagat | Makna | 14.04.2017 |
Adakah penggunaan perkataan "Yama" dalam ayat: "Apa yang dicipta untuk manfaat masyarakat sejagat telah menjadi "Dewa Yama" kepada manusia." ? | Untuk makluman, perkataan Yama tidak wujud dalam data pangkalan kami. Jika dilihat penggunaan Yama dalam contoh ayat ialah merujuk kepada dewa akhirat dalam agama Hindu. Menurut kepercayaan Hindu, yama ialah dewa yang pertama yang akan dijumpai oleh roh orang mati semasa menuju ke wilayah syurga. | Makna | 18.05.2018 |
tuan/puan, sekiranya bahasa english yang dipakai dekat signboard. perlukah pengesahan dbp? sejagat.suria@gmail.com | Untuk pengesahan DBP, sila letak perkataan "HOTEL" di bahagian atas. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 14.05.2014 |
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=climate+change&d=1# climate change pemanasan sejagat Harap pembetulan akan dibuat pada istilah sasar frasa ini. Saya pasti istilah yang tepat adalah 'perubahan iklim'. | Saranan puan kami kemukakan untuk makluman dan tindakan Bahagian Peristilahan, DBP. | Istilah | 15.06.2010 |
sarwajagat | Encik Hairol, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna perkataan sarwajagat ialah sejagat, universal,meliputi seluruh dunia dan alam semesta. | Makna | 29.04.2010 |
APakah definis glokal yang digunakan dalam PIPP | Glokal merupakan satu istilah yang dihasilkan dari kata global yang bermaksud meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat dan digabungkan dengan kata lokal yang bermaksud setempat. Gabungan dua kata itu telah menghasilkan glokal dengan maksud mengambil sesuatu nilai yang baik, inovatif, kreatif, profesional, dan disesuaikan dengan nilai-nilai lokal atau tempatan. Terima kasih. | Makna | 30.10.2008 |
Adakah kata singkatan GPS (Global Positioning System) sah dalam Bahasa Malaysia? | Terjemahan bagi GPS (Global Positioning System) dalam bidang aeroangkasa ialah sistem kedudukan global manakala dalam bidang geografi ialah sistem penentududukan sejagat. Singkatan GPS boleh digunakan dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 15.05.2017 |
maksud pengglobalan?adakah perkataan ini berasal daripada bahasa melayu?apakah perbezaan global dan globalisasi? | Perkataan global berasala dari perkataan Inggeris. Makna global ialah 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; | Lain-lain | 07.03.2010 |
apa maksud/takrif Bumiputera dan Pribumi DAN apakah perbezaan antara kedua-duanya? terima kasih | Bumiputera ialah anak negeri, peribumi;membumiputerakan menjadikan sesuatu bersifat, milik dan sebagainya. Peribumi pula tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Oleh yang sedemikian, Kamus Dewan memberi makna secara umum bahawa bumiputera sama maksudnya dengan peribumi iaitu merujuk anak negeri atau penduduk asli yang tidak ada perbezaannya. | Makna | 11.12.2019 |