Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.jah.te.ra] | سجهترا

Definisi : aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll): moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.jah.te.ra] | سجهترا

Definisi : bebas drpd segala macam ke­susahan dll; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. kesejahteraan ke­­ada­an sejahtera; keamanan dan kese­lamatan; ketenteraman: ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejahtera (adjektif)
Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;,
Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, 1. Kenapa terjemahan dan padanan kata dlm kebanyakan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan Google Translate dilihat tidak secekap dlm Kamus Online DBP - PRPM yg ada dlm terbitan DBP? Seolah-olah bahasa atau kosa kata dlm kamus Online DBP dilihat hanya hebat dan gah dlm kamus online itu semata-mata, bukan dlm semua terbitan kamus Inggeris-Melayu, bukan pula dlm Google Translate, malah bukan juga melalui penggunaannya dlm pertuturan sehari-hari. 2. Apakah peranan DBP dlm menyediakan maklumat, kemudahan, cadangan dan pembinaan bahasa Melayu dlm kemudahan "Google Translate"? dan kenapa terjemahannya juga banyak kekurangan dan kelihatan tiada kecekapan dan kekreatifan dlm istilah-istilah yg sedia ada dlm Melayu? tidak seperti bahasa Indonesia atau Melayu Riau yg kaya dgn kosa kata dan istilah. 3. Kenapa padanan kata "hello" dan "hi" dlm bahasa Inggeris hanya dipadankan dgn kata "helo" dan "hai"? sedangkan dlm masyarakat kita byk lagi kata yg dpt digunakan utk memadankan perkataan-perkataan itu spt "salam"; "selamat sejahtera"; "salam sejahtera"; "apa khabar"; "sejahtera" (singkatan drpd selamat sejahtera atau salam sejahtera); "jahtera" (singkatan drpd sejahtera, salam sejahtera atau selamat sejahtera); tabik (dlm masyarakat Nusantara); amboi (dlm peluasan makna kata selain makna lazim spt kata utk menzahirkan rasa kagum, hairan, kasihan atau utk mengusik, dsb.). Sekian, terima kasih!1. Terjemahan dan padanan kata dalam kamus bahasa Inggeris-Melayu (bukan terbitan DBP) dan Google Translate adalah terjemahan langsung berbeza dengan kamus dalam talian dalam PRPM yang kebanyakan kata dan istilahnya digubal bersama-sama pakar bahasa dan pakar bidang. Pemilihan padanan tersebut berbeza kerana penggunaan masyarakat dan pengguna bahasa mempunyai tingkat pengetahuan, sikap terhadap bahasa dan sumber rujukan bahasa yang berbeza.

2. DBP tidak mempunyai jalinan perkongsian data dengan Google Translate. Masih kurang penyumbang data dalam bahasa Melayu kepada Google Translate. Korpus penggunaan bahasa Melayu juga tidak seprolifik dan sekreatif penyumbang korpus bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa lain di dunia. Keluarga Malaysia, khususnya orang Melayu perlu lebih banyak menulis dan menggunakan kata dan istilah dalam bahasa Melayu yang telah digubal.

3. Padanan kata hello dan hi dalam bahasa Inggeris hanya dipadankan dengan kata "helo" dan "hai" merupakan terjemahan langsung. Padanan ini boleh digantikan dengan perkataan lain seperti salam, selamat sejahtera, apa khabar dan sebagainya, mengikut kesesuaian konteks dan wacana yang ingin disampaikan kepada pembaca sasaran. Hal ini bergantung kepada kebijaksanaan dan kepekaan  penterjemah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pembaca karya terjemahannya. Ada kalanya teks yang diterjemah tidak sesuai dengan kata padanan yang lazim digunakan dalam budaya masyarakat sasaran, maka terjemahan langsung lebih disarankan penggunaannya.
Lain-lain02.08.2022
Selamat sejahtera, saya nak semak adakah perkataan jinjit dan perkataan moh adalah sah dan tepat mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia?

Perkataan “jinjit” bermaksud memegang (beg, fail, buku dan lain-lain) dengan tangan terhulur ke bawah. Perkataan “moh” pula merupakan dialek Perak bermaksud ayuh.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 906 dan 1475.

Makna19.06.2026
Selamat sejahtera, Suasana di pasar raya riuh-rendah/meriah. (Guna meriah atau riuh-rendah?) Terima kasih.

Meriah –  berkenaan dengan majlis, suasana dan sebagainya, gembira atau suka ria

Riuh-rendah –  terlalu bising dengan suara atau bunyi yang kuat dan tidak tentu butirnya

Brdasarkan makna yang tersebut, perkataan yang sesuai digunakan dalam konteks ayat ini ialah riuh-rendah. Suasana di pasar raya itu riuh-rendah. 

Tatabahasa13.06.2026
Selamat sejahtera, Berkat kerjasama/bekerjasa Dinesh sekeluarga, rumah mereka kelihatan cersih dan cantik (guna kerjasama /bekerjasama) Terima kasih

Ayat yang betul ialah Hasil kerjasama Dinesh sekeluarga, rumah mereka kelihatan bersih dan cantik.



Lain-lain23.06.2026
Salam sejahtera. Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. Sekian, teima kasih.
Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ialah ayat susunan biasa.
Tatabahasa03.06.2026
Salam sejahtera tuan, bolehkah saya tanya bentuk jawaban “alat-alat tulis” adalah betul atau salah? Adakah alat tulis sudah membawa maksud jamak oleh sebab itu “alat-alat tulis” merupakan bentuk jawaban yang salah? Terima kasih

Perkataan “alat-alat tulis” merupakan penggandaan kata majmuk yang melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Namun, penggunaan perkataan “alat tulis” sahaja adalah betul kerana perkataan tersebut boleh menunjukkan satu atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya.

 

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 74



Tatabahasa29.05.2026
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "ditonjolkan" dan "diutarakan" bolehkah berikan contoh ayat? Sebab saya nampak maksud kedua-dua perkataan menampilkan sesuatu ke hadapan, terima kasihDalam Kamus Dewan Perdana, "ditonjolkan" (menonjolkan) ialah kata kerja pasif yang bermaksud menjadikan sesuatu jelas kelihatan, sangat nyata atau menyerlah. Contoh ayat, Pengerusi mahukan kesenian Melayu ditonjolkan di taman itu. Perkataan "diutarakan" (mengutarakan) juga kata kerja pasif yang bermaksud melahirkan atau menyatakan pendapat yang tersemat dalam hati. Contoh ayat, Banyak perkara yang diutarakan mengenai novel ini. Pandangan tuan tentang menampilkan sesuatu ke hadapan ada dalam maksud menonjolkan/ditonjolkan.  Tatabahasa23.05.2026
Salam sejahtera, Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. Adakah ayat di atas betul dari segi tatabahasa? Adakah "bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan" merupakan subjek manakala "tidak dapat dinafikan" merupakan predikat? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ayat “Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan.” ini betul.

 

Binaannya adalah seperti yang berikut:

Tidak dapat dinafikan – Subjek

Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan –  Predikat

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 510.

Tatabahasa19.05.2026
Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih

Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya.



Lain-lain18.05.2026
Salam sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak DBP berkenaan penggunaan frasa “Hari Permohonan dan Penerimaan”. Untuk makluman pihak tuan/puan, frasa tersebut pernah diluluskan dalam semakan bahasa sebelum ini. Namun begitu, semakan terkini menunjukkan bahawa frasa tersebut tidak lagi diluluskan penggunaannya. Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak DBP dapat memberikan penjelasan mengenai sebab perubahan tersebut, serta mencadangkan penggunaan frasa yang lebih tepat sekiranya perlu. Segala perhatian, bantuan dan penjelasan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Penggunaan frasa “Hari Penerimaan” tidak jelas dan mengelirukan. Sehubungan dengan itu, pihak tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 untuk perbincangan.

Lain-lain13.05.2026
12345678910...

Kembali ke atas