Selamat sejahtera. Saya ingin tanya tentang perbezaan penjodoh bilangan bagi bunga. (sejambak, setangkai, sekuntum dan sejambangan) Sekian terima kasih. | Lihat kepada keaadan bunga tersebut, sekuntum bunga bermaksud satu bahagian bunga, setangkai bunga bermaksud bunga dan tangkainya, sejambak bunga bermaksud satu karangan atau satu berkas bunga dan sejambangan bunga ialah bunga dan pasunya sekali. | Tatabahasa | 15.08.2014 |
Mohon penjelasan daripada pihak tuan tentang jawapan yang paling tepat bagi soalan berikut: Imran menyiapkan _______bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya A. sejambak B. sekuntum C. setangkai D. sekarangan | Jawapan yang paling tepat: Imran menyiapkan sejambak bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya. | Lain-lain | 14.07.2015 |
Apakah penjodoh bilangan untuk anggur? Adakah sejambak anggur betul? | Penjodoh bilangan untuk anggur ialah gugus. Contoh: Ayah membeli dua gugus anggur. | Tatabahasa | 16.04.2024 |
Adakah 'seberkas' kunci itu betul? Kerana selama ini, kita hanya belajar sejambak kunci atau sebatang kunci sahaja. | Kata bilangan untuk kunci: - 1 kunci - sebentuk kunci
- lebih daripada 1 kunci - segugus kunci
| Tatabahasa | 23.03.2019 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasih | Waalaikumussalam, Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti padi.
| Tatabahasa | 25.06.2015 |
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih. | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.01.2015 |
Salam, Saya ada satu soalan dan ingin mengetahui apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan tersebut. Soalan adalah seperti dilampirkan Terima Kasih | Jawapan yang tepat ialah D setangkai. Sejambak merujuk bilangan bunga yang banyak, manakala sekuntum merujuk kuntuman bunga. Dalam gambar yang diberikan, ditunjukkan wanita itu sedang memegang setangkai bunga sahaja yang dimasukkan ke dalam pasu. | Tatabahasa | 02.11.2010 |
apakah penjodoh bilangan bagi rumput? | Tidak semua benda boleh diberikan penjodoh bilangan. Untuk makluman saudara rumput tidak boleh diberikan unit tertentu untuk digandingkan dengan mana-mana penjodoh bilangan sama ada sehelai, sekuntum, sejambak, segugus dan sebagainya. | Tatabahasa | 09.03.2010 |
Mohon pencerahan penggunaan penjodoh bilangan berikut: Ayat 1:Syura menempah beberapa JAMBANGAN/JAMBAK bunga untuk majlis hari lahir adiknya. Penjodoh bilangan jambangan atau.jambak yang paling sesuai berdasarkan ayat di atas? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, jambak bermaksud karangan (bunga, kunci, dan lain-lain), rangkai, berkas: sejambak bunga. Manakala jambangan bermaksud tempat meletakkan bunga dan pasu bunga. Berdasarkan huraian di atas, perkataan yang paling betul ialah jambak. | Tatabahasa | 10.01.2017 |
tuan/puan bagi saya 5 kata-kata aluan | Saudara, frasa yang betul ialah kata alu-aluan, bukan kata-kata aluan. Contoh kata alu-aluan yang biasa terdapat dalam teks ucapan yang dimuatkan dalam buku cenderamata / program sesuatu majlis ialah sekapur sirih, seulas pinang, setitis tinta, seuntai madah, sejambak bicara dsbnya. | Lain-lain | 01.09.2009 |