Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejengkal

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Percakapan sejengkal dibawa sehasta.

Bermaksud :

Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.

 

Lihat selanjutnya...(13)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam tuan Adakah sama peribahasa kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dengan peribahasa kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk maksud peribahasa kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah. Terima kasih Azura

1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud:

Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 

2. Peribahasa "Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud:  Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan./
 Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita.

Lain-lain30.05.2019
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011

Kembali ke atas