SEJENIS KERA YANG PANJANG TANGANNYA TETAPI TIDAK BEREKOR | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut. | Lain-lain | 27.04.2010 |
"makna flyboard (sejenis sukan ) dan powerbot (sejenis sukan ) nak terjemahkan dalam BM apa ya istilah yg sesuai " | Kami cadangkan flyboard diterjemahkan kepada papan luncur dan powerboat diterjemahkan kepada bot kuasa. | Istilah | 31.03.2014 |
tolong tafsirkan makna bayan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 141 bayan bermaksud 1. sejenis burung 2. sejenis ikan laut 3. nyata, terang | Makna | 23.04.2008 |
Bolekah perkataan ‘kedubang’ digunakan di Malaysia? Contohnya dalam pertuturan Bahasa Malaysia harian. Sekian Terima Kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "kedubang" bermaksud 1. sejenis pedang pendek atau gedubang, 2. sejenis kelewang Acheh. Kelewang pula bermaksud 1. sejenis pedang pendek (bilahnya makin lebar arah ke hujung) 2. sejenis parang panjang yang berukir pada hujungnya. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan "kedubang" boleh digunakan sekiranya ia merujuk kepada benda yang diterangkan. | Istilah | 16.04.2014 |
Puffin - Sejenis haiwan | Terjemahan puffin dalam bahasa Melayu ialah pufin. | Istilah | 10.04.2012 |
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara | Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 01.11.2009 |
Paramimia | sejenis ubat (istilah perubatan) | Istilah | 23.12.2008 |
Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi 'keyboard' dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada sejenis alat muzik? adakah perkataan 'kibod' sesuai digunakan dalam bahasa melayu untuk merujuk kepada keyboard? | Keyboard, iaitu sejenis alat muzik dikekalkan bentuk ejaannya dalam bahasa Melayu. Jika merujuk keyboard, sejenis peranti yang digunakan bersama komputer, terjemahannya ialah papan kekunci. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2014 |
1. Boria ialah sejenis teater tradisi yang popular. 2. Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular. Penggunaan kata pemeri mana yang lebih sesuai? Ialah atau adalah. | Penggunaan kata pemeri yang betul dalam contoh ayat yang diberikan "ialah". Untuk makluman, kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. | Tatabahasa | 15.05.2019 |