saya mahu memdaftar masuk anak saya ke tahun 1 di sek keb seri merlong,rengit...sekarang anak saya bersekolah di sek.pra long pasia ,sipitang .sabah..soalan saya sekarang bolehkah saya membuat pendaftaran melalui online? | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Lain-lain | 02.10.2013 |
masalah penggunaan huruf besar dan kecil di kalangan murid sek ren. | Soalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.04.2013 |
Assalamualaikum,apakah yang dimaksudkan dengan bahasa sms, bahasa slanga dan sila sertakan contohnya..terima kasih | Bahasa sms ialah bahasa yang digunakan dalam khidmat pesanan ringkas., iaitu teks ringkas yang dihantar dan diterima. Cth. sek.-sekolah,bgn.-bangunan. Bahasa slanga ialah kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Contoh: balun-pukul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.03.2008 |
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32) | Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih. | Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan. | Tatabahasa | 16.08.2012 |