Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : patah dan jatuh (dahan kayu dll): dahan-dahan kayu yg sudah lapuk itu mungkin akan ~ dan menimpa pondok mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (sékah) sl lukisan (bunga) pd mata wang: maka disuruhlah Raja Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas ~ dirham-nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (sékah) sl segak dan pantas (sikap), sajak, bergaya: dia menari terlalu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : patah dan jatuh ke bawah (bkn dahan kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekah (adjektif,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan segak, pantas, sajak, bergaya, cantik, tampan, lawa, menarik, comel, indah, tumandang, kacak, gagah, cegak, elok, lela, manis, bangun, takah, lendip, cocok, laram, padan;,

Puisi
 

Mudik ke hulu sekah durian,
     Hanyut kulit bertali-tali;
Duduk dulu nikah kemudian,
     Boleh anak tidak berwali.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud serkahEjaan yang betul ialah sekah yang bermaksud patah dan jatuh (dahan kayu dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna27.10.2008
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat berikut; Hassan menggunakan galah untuk ___ dahan pokok yang sekah itu. A mengait B mencantas Adakah ayat-ayat ini betul 1. Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil emak di dapur. 2. Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera. 3. Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang.Jawapan yang sesuai ialah mencantas. Ayat 1 dan 2 betul. Ayat ke-3, Adik suka bermain-main di halaman rumah pada waktu petang.  Tatabahasa12.09.2008

Kembali ke atas