Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali | 1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa. 2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Selamat sejahtera, Saya meminta bantuan pihak dbp tentang penggunaan bahasa malaysia dibawah sama ada boleh diterima atau tidak? 1) sangat cantik sekali 2) amat cantik sekali 3) sungguh cantik sekali sekian terima kasih. Tan | Ketiga-tiganya adalah betul. 1) sangat cantik sekali 2) amat cantik sekali 3) sungguh cantik sekali | Tatabahasa | 21.07.2013 |
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p | 1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali". 2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. | Tatabahasa | 17.07.2009 |
sungguh meriah sekali...penggunaan kata penguat 'sungguh' dengan 'sekali' boleh digunakan bersama dalam 1 ayat atau tidak? | Sungguh meriah sekali - ayat ini betul iaitu gabungan kata penguat + kata adjektif + kata penguat, yang tak dibenarkan ialah ter/paling + kata adjektif + sekali, seperti tercantik sekali. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
1. lump sum 2. acceptance 3. st. purchase 4. possession | 1. sekali gus 2. penerimaan 3. jual beli 4. pemilikkan | Lain-lain | 13.02.2009 |
Salam 1Malaysia, 1. Kalau kata 'boros' merujuk kepada Kata Kerja, bagaimana pula dengan frasa 'sangat boros sekali' atau 'amat boros sekali'? Bukankah kata penguat bebas boleh bertemu dengan kata adjektif + sekali? 2. Terjemahan frasa 'hot from oven' dalam bahasa Melayu, apa? Panas dari / daripada oven? 3. Asap kereta keluar dari / daripada ekzos kereta ayah. Terima kasih. | 1. Frasa "sangat boros sekali" tidak gramatis. Boros sama seperti bazir dan jimat merupakan kata kerja. Untuk melihat contoh penggunaan yang betul, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boros. 2. Panas daripada oven. 3. Asap daripada ekzos. Kedua-dua ayat ini merujuk sumber datangnya panas dan asap itu. | Tatabahasa | 02.06.2012 |
Soalan 1 - Adalah paling dapat digunakan bersama sekali contohnya (paling baik sekali). Soalan 2 - Apakah perbezaan antara sebahagian dengan sebahagian daripada. Terima kasih, Tuan/Puan. | 'Paling' tidak dapat hadir bersama 'sekali'. Jadi, yang betulnya ialah paling baik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. 'sebahagian' dan 'sebahagian daripada' adalah sama. | Tatabahasa | 18.09.2008 |
Soalan 1 Penggunaan 'amat + Kata Adjektif + sekali' adalah betul. Adakah betul juga bagi 'amat + kata adjektif' atau 'kata adjektif + sekali'. Bagaimana pula dengan penggunaan 'paling/sangat + kata adjektif + sekali'? Adakah peraturan tatabahasa yang sama digunakan di sini? Soalan 2 Antara 'jawapan' dan 'jawaban', yang mana satu betul? Soalan 3 Apakah peraturan tatabahasa tentang penggunaan 'di...kan' dan 'di...i'? Terima kasih | 1. Bentuk "paling/sangat + kata adjektif + sekali" adalah dibenarkan berdasarkan rumus tatabahasa (rujuk halaman 245 Tatabahasa Dewan di bawah tajuk kata penguat) - paling + kata adjektif - kata adjektif + sekali - ter + amat/sungguh + kata adjektif - amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali Bagi rumus amat + kata adjektif atau kata adjektif + amat diterangkan dalam tajuk Kata Penguat (halaman 260) dan kedua-dua bentuk tersebut dibenarkan. 2. Kata dasarnya ialah "jawab". Oleh itu bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban". Bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Kata penguat bebas ; sangat, amat, sungguh boleh diletakkan di hadapan kata adjektif atau di belakang kata adjektif. Jika diletakkan di hadapan kata adjektif,pastinya boleh menerima perkataan sekali. Contohnya, Zali amat baik sekali. Adakah hanya perkataan 'sekali' sahaja yang boleh diterima atau adakah perkataan lain? 2) Bolehkah sungguh, amat dan sangat digunakan serentak seperti ayat ini? Jika boleh, kenapa? Ayatnya : Amir mengalami kerinduan yang amat sangat terhadap neneknya di kampung. 3)Kata penguat belakang ....nian. a)Adakah 'nian' digunakan hanya untuk pemandangan? b)Bolehkah 'nian' digunakan dengan kata penguat bebas;sangat, amat, sungguh?Contoh frasa; amat indah nian, dan sangat dalam nian. Adakah kedua-kedua frasa ini betul? 4)Antara frasa di bawah,yang manakah betul? a) Dedaun berguguran, atau b) Daun berguguran 5)Adakah perbezaan antara 'mengajar' dan 'mengajarkan'. Keadaan bagaimanakah harus kita bezakan penggunaannya? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. | 1) Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali. 2) Amat sangat bermaksud terlalu atau terlampau dan boleh digunakan secara serentak. 3) Amat indah nian sangat dalam nian, kedua-dua frasa ini betul. 4) Daun berguguran. 5) Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya). | Tatabahasa | 03.08.2011 |
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba. | 1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah. 2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang. 3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan. 4.a. Ayat tidak lengkap b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan. e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera. f. Ayat ini betul. g. Ayat ini salah dan mengelirukan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |