Sekali gus menurut maklum balas DBP di bahagian khidmat nasihat (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekali+gus&d=10) menyatakan yang ia dieja dengan jarak dan bukan 'sekaligus'. Tapi kenapa ada banyak penggunaan "sekaligus' jika dicari (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekaligus) | Ejaan yang betul ialah "sekali gus". Setelah kami menyemak kamus hanya ejaan "sekali gus" yang terdapat dalam entri (bukan huraian) Kamus Dewan dan Kamus Pelajar . Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dalam laman PRPM. | Ejaan | 08.02.2017 |
kata sama ada, sekali gus ialah kata majmuk atau bukan? | Sdr. Yu, sama ada dan sekali gus bukan kata majmuk | Tatabahasa | 24.05.2010 |
Assalamualaikum, boleh jelaskan sama ada ejaan mana yang betul. Sekaligus atau sekali gus? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah sekali gus. | Ejaan | 07.09.2017 |
sekaligus atau sekali gus? | Salam sejahtera, Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
1. Perkataan 'sekaligus' dan 'sekali gus', yang mana adalah betul. 2. Bagaimana untuk membezakan penggunaan 'ialah' dan 'adalah'. Harap dapat beri penjelasan beserta beberapa contoh ayat... | 1. Ejaan yang betul ialah sekali gus. 2. Kata pemeri ialah hadir di hadapan Frasa nama contohnya; Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi..., manakala penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik lawan terjemahan komunikatif. | Ejaan | 04.12.2008 |
manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini. | 1. Sehubungan dengan itu 2. sekali gus 3. sejak kebelakangan ini | Tatabahasa | 14.10.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan 'sekaligus'. Dalam daftar kata DBP, terdapat 'sekaligus' dan 'sekali gus'. Ia harus dijarakkan atau dirapatkan? Sekian, terima kasih. | Perkataan sekali gus dieja jarak. | Ejaan | 15.12.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya keliru dengan ejaan Bahasa Melayu kini. Contohnya ejaan sekali gus, jika dahulu ejaannya di dekatkan.. kenapa sekarang banyak perkataan dieja terpisah? Saya hanya ingin tahu untuk memberi penjelas kepada pelajar saya yang betanya akan hal ini. terima kasih | Sekali gus dan kata majmuk yang lain dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas | 1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya beberapa soalan: 1.Yang betul adalah sekaligus atau sekali gus?Adakah penggunaan perkataan ini dibenarkan dalam penulisan artikel kerana tiada dalam kamus dewan? 2. Mohon semak penggunaan huruf besar bagi ayat di bawah: i)Di India, Daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. ii)Di Jepun, Bandar Raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. iii)Seperti gerakan koperasi di Jepun, Mesyuarat Agung adalah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. Terima kasih. | Berikut adalah jawapan bagi soalan puan: 1. Ejaan yang betul ialah sekali gus dan perkataan ini terdapat dalam Kamus Pelajar sebagai entri dan sebagai huraian dalam Kamus Dewan. 2. Di India, daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. 3. Di Jepun, bandar raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. Seperti gerakan koperasi di Jepun, mesyuarat agung ialah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. | Tatabahasa | 19.11.2014 |