Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu atau masa ini (bukan waktu yg telah lalu dan bukan yg akan tiba), kini: kira-kira ini mesti dibuat ~ juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekarang

Puisi
 

Sungguh tuan selasih tumbuh,
     Zaman sekarang kaduk berbunga;
Dulu tuan kasihnya sungguh,
     Sekarang saya tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
REGISTAR NOWDAFTAR SEKARANG DAFTARLAH SEKARANG (KEDUA-DUA PADANAN KATA BETUL)Lain-lain26.11.2010
SEKARANG TERSEBAR EJAAN MALAYSIA DI TERBALIKAN MENJADI ISLAM DALAM EJAAN JAWI MIM,LAM ALIF,SIN, YA ,ALIF= MALAYSIA DAN ALIF YA,SIN, LAM ALIF DAN MIM SOALAN SAYA ADAKAH BENAR EJAAN MALAYSIA DALAM JAWI BEGITU.. BILA SAYA BERHUJAH , EJAAN TU SALAH..MEREKA SURUH RUJUK DBP saya harap pihak dpb boleh bagi pencerahanSila lihat ejaan di bawah:

ٳسلام - مالسٳ

مليسيا – ايسيلم

Adakah sama?
Ejaan26.08.2019
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama?Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.Makna16.08.2010
Terlebih dahulu ucapan terma kasih kerana menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Ini berkenaan kata ganti nama tanya. Apakah kata ganti nama tanya untuk masa? Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Apakah waktu sembahyang sekarang? Apakah waktu sekarang? Pukul berapakah sekarang? Hari apakah mesyuarat di adakan? Hari bilakah mesyuarat di adakan?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Bilakah hari perkahwinan anda?
2. Pukul berapakah sekarang?
3. Hari apakah mesyuarat diadakan?
Tatabahasa22.02.2014
a) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" Salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. b) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes."Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?", salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes ... (apa yang diprotes?)Ejaan19.09.2011
Cikgu, sekarang kita menggunakan "Tahun Baharu Cina" atau masih mengekalkan perkataan lamanya iaitu "Tahun Baru Cina"?Kedua-dua ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" boleh digunakan.Tatabahasa14.05.2014
Murid sekarang perlu berkuasa dalam bidang komputer untuk maju dalam pelajaran. munsyi, ADAKAH BERKUASA DALAM DALAM AYAT INI GRAMATIS? tERIMA KASIH SEKALUNG BUDI PIHAK DBPPerkataan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah menguasai.Tatabahasa16.04.2012
adakah sekarang ini perkataan yang digunakan ** dalam kalangan atau di kalangan contoh ayat... 1. Faktor Amalan Rasuah dalam kalangan penjawat awam atau 2. Faktor Amalan Rasuah di kalangan penjawat awam penggunaan ayat yang betul 1 @ 2 sekin.terima kasih

Puan Norhatini,

Penggunaan yang betul ialah dalam kalangan, kerana fungsi di menunjukkan arah tempat dan masa.

Tatabahasa06.10.2010
Mengapa sekarang guna "sedikit banyak" bukannya ' sedikit sebanyak 'Ungkapan yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud sekurang-kurangnya.Tatabahasa17.04.2009
Pada marcapada ini betul ke? Marcapada ini? atau Marcapada sekarang? yang mana satu betul?Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini. Melihat kepada aspek makna kata marcapada boleh didahului dengan kata sendi nama pada tetapi tidak dapat diikuti oleh kata ini dan sekarangTatabahasa06.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas