Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.tan] | سکتن

Definisi : 1. benda (dinding dll) yg mem­bahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hen­­daklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.tan] | سکتن

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang se­suatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASAL USUL LOGHAT UTARA DAN LOGHAT KELANTAN SERTA PERKEMBANGANNYAWujudnya bahasa dialek atau loghat ini disebabkan oleh tempat berasingan. Apabila penutur-penutur terpisah oleh sekatan-sekatan tertentu seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sebagainya, maka tiap-tiap kumpulan mempunya sejarah perkembangannya sendiri, termasuk perkembangan aspek-aspek bahasa. DAlam jangka masa yang panjang ciri-ciri perbezaan menjadi makin nyata, dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada genarasi seterusnya. Pada suatu ketika bahasa Melayu dipercayai terdiri daripada satu variasi tetapi telah berkembang menjadi dialek-dialek berasingan dan keadaan ini berkekalan sehingga sekarang. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asal-usul loghat utara dan Kelantan, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Lain-lain18.08.2006
Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi?

Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini.  Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih.  

 

Lain-lain14.01.2009
Please let me know what is the meaning of "kelong"Antara maksud kelong ialah sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.09.2009
Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "partition". Contoh ayat: Creating boot partition Terima kasih.Partition diterjemahkan kepada sekatan dan pemetakan bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2016
salam, apakah istilah atau perkataan bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan/kebakaran/jenayah?terima kasih.

Istilah bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan, kebakaran, atau jenayah iala pita sekatan keselamatan.

Tatabahasa18.02.2014
Bolehkah saya tahu kenapa ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya mudah kerap digunakan di sesebuah novel?Untuk makluman, ayat tanya atau kata tanya yang digunakan dalam sesebuah novel atau karya sastera kreatif itu bergantung kepada kekreatifan seseorang penulis. Tidak ada sekatan atau kesalahan seandainya  diguna sekerap atau sekurang mana pun, asalkan sesuai pada cerita dan jalan ceritanya.Lain-lain08.09.2015
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan terjemahan paling tepat untuk istilah 'paywall' dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat : He introduces paywalls around his newspapers. Genre dokumen ini : Teknologi Maklumat Diharap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "paywall". Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sekatan berbayar.Istilah10.03.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018

Kembali ke atas